web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kongres Nasional PKR Diadakan Secara Hibrid Bermula 5 Jun

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 3:50PM

Saifuddin Nasution - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ke-15 akan diadakan selama dua hari bermula 5 Jun di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kongres pada kali ini yang bertemakan ‘Pentas Rakyat’ akan diadakan secara hibrid bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

“Angkatan Muda Keadilan dan Wanita Keadilan akan mengadakan Kongres Nasional secara serentak pada 5 Jun manakala Keadilan Pusat pada 6 Jun.

“Keadilan menjangkakan 1,000 perwakilan sahaja yang akan hadir secara fizikal dari 152 cabang di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak kerana mereka akan mengikuti persidangan kongres secara dalam talian melalui aplikasi zoom,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata kongres pada kali ini akan menumpukan kepada ucapan dasar Presiden parti yang akan diadakan pada 5 Jun sebelah malam dan diikuti sesi perbahasan dan penggulungan pada hari berikutnya.

“Perbahasan akan sentuh satu usul iaitu usul ucapan dasar Presiden...pembahas dan perwakilan negeri akan bahas usul ucapan dasar dari segi politik, ekonomi, kesihatan dan rakyat.

“Kita sedia maklum, COVID-19 yang berlaku memberi kesan langsung kepada rakyat dari segi ekonomi dan kesihatan justeru kongres akan memberi tumpuan lebih kepada dua topik ini di samping isu politik,” katanya.

Tambahnya, kongres pada kali ini juga tidak akan menjemput perwakilan asing seperti sebelum ini sebaliknya jemputan hanya dibuat kepada pimpinan parti DAP dan Amanah.

Beliau turut memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini sepanjang perjalanan Kongres Nasional pada kali ini seperti apa yang telah berlaku sebelum ini melihat kepada perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang yang berakhir dalam keadaan baik, semalam.

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata pemilihan parti tidak akan diadakan pada tahun ini dan ia ditangguhkan selama tempoh tidak melebihi 18 bulan.

“Ada satu dasar dalam perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan ditangguh tidak melebihi 18 bulan... Kalau ikut pemilihan dibuat Disember tahun ini tetapi guna pakai tempoh 18 bulan ini, jadi ia perlu diadakan selewat-selewatnya Jun 2023,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

2

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 41 minit yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad