web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hindari Perpecahan, Banyakkan Bekerja Demi Tambat Hati Pengundi Melayu - Khaled Nordin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 6:30PM

Menurut Mohamed Khaled Nordin, langkah itu amat penting memandangkan UMNO kini berdepan pelbagai cabaran selepas prestasi hambar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa pimpinan dan ahli parti itu supaya menghindari perpecahan, banyakkan bekerja dan terus berkhidmat untuk memenangi semula hati pengundi Melayu.

Menurut beliau, langkah itu amat penting memandangkan UMNO kini berdepan pelbagai cabaran selepas prestasi hambar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.

“Sebagai sebuah parti kebangsaan demi menambah baik nasib dan masa depan bangsa dan tanahair. Mari kita hindari segala perpecahan. Banyakkan bekerja, berkhidmat dan menyumbang.

“InsyaAllah, dengan pendirian sedemikian, UMNO akan kembali diyakini oleh orang Melayu sebagai jurucakap terbaik bangsa,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mohamed Khaled berkata demikian selepas diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, semalam.

Dengan kemenangan itu, ini bermakna beliau kekal menerajui UMNO Bahagian Pasir Gudang yang dipimpinnya sejak 2004.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli UMNO bahagian kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menyandang jawatan tersebut.

Mohamed Khaled turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli UMNO bahagian kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang
Mohamed Khaled turut mengucapkan terima kasih kepada semua ahli UMNO bahagian kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang

“Ia adalah tugas yang akan saya laksana dengan sebaik kebertanggungjawaban InsyaAllah. Jika ada yang terkurang, nasihatilah. Jika ada yang khilaf, tunjuki saya jalan yang benar dan betul.

“Saat ini parti kita di ambang pelbagai cabaran. Seruan saya ialah kita berusaha mengembalikan UMNO ke landasan asasinya,” katanya.

Pada 21 Februari lalu, Mohamed Khaled turut mengesahkan bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya ketika ini pada pemilihan bulan depan.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berdepan saingan tujuh penjuru bagi merebut jawatan itu.

Selain Mohamed Khaled, jawatan itu turut direbut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan mantan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut mengesahkan bertanding adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum ini turut menyertai perebutan kerusi panas itu, tetapi menarik diri kerana sudah mengemukakan pencalonan bagi mempertahan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Penentuan bagi jawatan Naib Presiden dan Ahli MKT UMNO akan dibuat pada 18 Mac depan ketika berlangsungnya mesyuarat UMNO bahagian secara serentak di seluruh negara. - Getaran, 28 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad