web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahelmy Serah Kepada Lembaga Disiplin UMNO Untuk Buat Keputusan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 9:32PM

Shahelmey Yahya - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTATAN - Datuk Shahelmey Yahya, satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menyatakan pendirian menyokong Kerajaan Negeri Sabah ketika ini, menyerahkan kepada Lembaga Disiplin parti untuk membuat keputusan berhubung tindakannya itu.

Timbalan Ketua Menteri III  dan Ahli Parlimen Putatan itu berkata beliau sedia berdepan sebarang tindakan dan tidak mahu mendahului Lembaga Disiplin UMNO dengan melakukan perlakuan atau kenyataan yang kurang wajar.

“Saya seorang daripada ADUN UMNO Sabah yang dipanggil Lembaga Disiplin untuk membuat pembelaan atas pertuduhan yang telah dinyatakan. Selesai sudah menyatakan pembelaan saya.

“Kita berserah kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk membuat keputusan, jadi kita tunggu,” katanya kepada pemberita selepas Karnival Perpaduan Perumahan Daerah Putatan dan Karnival Perpaduan Komuniti Gerak Rahmah, Jom Sihat Daerah Putatan di sini hari ini.

Selain Shahelmy, yang merupakan ADUN Tanjung Keramat, empat lagi ADUN berpendirian sama telah dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO iaitu Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin).

Bagaimanapun, Jasnih, James, Mohd Arshad dan Yusof bersama seorang lagi ADUN UMNO iaitu Datuk Hamild@Hamid Awang (Balung) mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada Selasa lepas.

Pada 6 Januari lepas, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata parti itu menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Negeri Sabah dan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri.

Ditanya tentang tindakan ADUN terbabit yang meninggalkan UMNO, Shahelmy berkata itu adalah hak mereka namun beliau menganggap keputusan tersebut dibuat bagi mengukuhkan kestabilan politik di Sabah.

“Politik yang stabil penting agar pentadbiran dan agenda pembangunan negeri seperti Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dapat dijayakan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad