web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Protokol Siasat Hakim: Kuasa Eksekutif Seperti Cuba Diceroboh, Mana Pengasingan Kuasa?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 3:08PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menetapkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Datuk Nazlan Ghazali dibuat mengikut protokol, dipersoalkan.

Pengerusi Biro Politik dan Kepimpinan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun berkata, keputusan tersebut bertentangan dengan siasatan pernah dilakukan SPRM atau sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang pernah menyiasat beberapa hakim kanan.

Menurutnya, siasatan itu tidak pernah disebut perlu untuk memaklumkan kepada Ketua Hakim Negara atau forum kehakiman.

“Kes mantan Ketua Hakim, Tun Mohd Eusoff Chin yang bercuti bersama seorang peguam terkenal, merupakan contoh kes pernah disiasat BPR.  

“Malah BPR ketika itu didesak untuk menyiasat Ketua Hakim. Begitu juga, terdapat hakim kanan lain disiasat. Ketika itu, tiada satu pun forum kehakiman menyebut tentang protokol ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan, mengeluarkan penghakiman berhubung permohonan dua peguam dan seorang aktivis, merujuk dua persoalan Perlembagaan berkaitan siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan yang juga mantan Hakim Mahkamah Tinggi serta kini memegang tanggungjawab sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Panel berkenaan juga berpandangan pihak pendakwa raya mempunyai kuasa memulakan prosiding jenayah terhadap hakim mahkamah atasan.

Bagaimanapun, mereka berpendirian, siasatan itu mesti dilakukan mengikut protokol tertentu bagi memelihara kebebasan badan kehakiman, antaranya badan siasatan mesti terlebih dahulu berunding dengan ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim berkenaan.

Selain itu, badan siasatan tidak boleh menghebahkan fakta siasatan tanpa kebenaran ketua hakim negara.

Pendakwa raya juga mesti berunding dengan ketua hakim negara ketika siasatan, termasuk dalam keputusannya untuk melakukan pendakwaan.

Mengulas lanjut, Shahbudin berpandangan, protokol itu memperlihatkan seolah-olah institusi kehakiman cuba menceroboh bidang kuasa eksekutif.

Sebaliknya, beliau berkata, institusi kehakiman seharusnya mengalu-alukan siasatan dan mengatakan bahawa pihaknya ingin mengetahui penemuan itu secepat mungkin.

“Dengan mengenakan protokol ini, adakah pihak badan kehakiman tidak menceroboh bidang kuasa eksekutif? Jadi di manakah pengasingan kuasa di negara ini?

“Adakah badan kehakiman seolah-olah memaksa eksekutif untuk mengikut protokol pihaknya? Adakah badan kehakiman tidak campur tangan dalam siasatan SPRM?,” soalnya.

Beliau turut melontarkan persoalan siapakah yang akan membersihkan nama seseorang hakim jika terpalit dengan dakwaan salah laku.

“Bagaimanakah badan kehakiman tahu bahawa hakim tidak melakukan sebarang kesalahan, melainkan terdapat penyiasatan dijalankan penyiasat?  

“Bolehkah sesebuah institusi membersihkan diri mereka sendiri?,” katanya. - Getaran, 25 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek