web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zakaria Beri Laluan MB Johor Terajui UMNO Simpang Renggam

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 12:46PM

Zakaria Dullah (kiri) dan Onn Hafiz Ghazi - Gambar Bernama/Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah tidak akan mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan kali ini, sebaliknya menawarkan diri sebagai timbalan ketua bahagian.

Perkara itu dimaklumkan Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Menteri Besar Johor menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau.

Menurut Onn Hafiz, Zakaria turut akan menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Katanya, mereka berdua bersetuju dengan keputusan itu demi perpaduan dan keharmonian UMNO bahagian.

“Syukur Alhamdulillah, muafakat itu berkat. Saya dan Datuk Zakaria Dullah bersetuju untuk berkompromi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk jawatan kepimpinan UMNO Bahagian.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Datuk Zakaria Dullah, atas semangat perjuangan dan keikhlasan beliau. Sama-samalah kita terus bermuafakat dan berusaha untuk menguatkan lagi UMNO Bahagian,” katanya.

Pada 15 Februari lalu, media melaporkan Onn Hafiz, 44, menawarkan diri bertanding jawatan disandang Zakaria sejak 2018 itu.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan tidak akan bertanding sebarang jawatan di peringkat pusat untuk terus memberi fokus khidmat bakti kepada negeri Johor.

Baru-baru ini, pimpinan akar umbi UMNO Bahagian Simpang Renggam dilaporkan meminta Onn Hafiz bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda bagi mengembalikan maruah parti, apatah lagi beliau yang juga cicit kepada pengasas parti keramat orang Melayu itu bukan lagi nama asing kerana terbabit secara langsung dalam UMNO sejak 2013.

Menjelaskan lanjut, Onn Hafiz yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, berharap keputusannya itu dihormati semua pihak. – Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

2

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

3

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar