web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahrizat Kembali, UMNO Ketandusan Muka Baharu?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 7:00AM

Shahrizat mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti tahun 2018, kerana mahu memberi laluan kepada muka baharu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penampilan semula mantan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke kancah politik terutamanya UMNO, akan menjadikan parti tersebut sasaran mudah pihak pembangkang.

‘Political comeback’ mantan Ahli Parlimen Lembah Pantai berusia 70 tahun itu dilihat tidak akan menguatkan UMNO sebaliknya menjadi liabiliti atas pelbagai faktor.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berpendapat, kemunculan semula Shahrizat membuktikan UMNO ketandusan bakat baharu dalam kepemimpinan parti.

Malah menurutnya, tindakan tersebut membuktikan UMNO seolah-olah ketandusan generasi pemimpin pelapis, berbanding parti komponen lain dalam kerajaan perpaduan, khususnya PKR dan DAP.

“Perkara itu akan mendatangkan mudarat kepada kerajaan perpaduan memandangkan beliau pernah terkait dengan isu National Feedlot Corporation (NFC) sedangkan UMNO kini menjadi parti yang membentuk kerajaan.

“Kehadirannya dilihat akan menjadikan UMNO sasaran mudah pembangkang. Beliau (jika menang) mungkin akan menjadi liabiliti,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Bagaimanapun, jelasnya, walaupun kes yang dikaitkan dengan Shahrizat tidak ‘lekat’ namun persoalan besar di sini adalah, adakah UMNO tiada calon alternatif lain?

“Tiada pemimpin lainkah yang hendak ditonjolkan untuk mencabar kedudukan Ketua Wanita sekarang,” soalnya.

Ahmad Fauzi berpandangan, penampilan semula Shahrizat dalam politik negara sebagai pimpinan utama UMNO jika berjaya memenangi jawatan Ketua Wanita dilihat sebagai ‘turnover landscape’ yang membuatkan parti tersebut ketinggalan jauh ke belakang.

“Beliau sendiri sudah berusia 70 tahun, kehadirannya tidak akan selesaikan apa jua masalah dihadapi Wanita UMNO sebaliknya hanya menangguhkan masalah tersebut untuk satu jangka masa saja,” katanya.

Melontarkan pandangan berbeza, Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa bagaimanapun berkata, penampilan semula Shahrizat dalam pemilihan UMNO akan datang membuktikan bahawa parti tersebut utuh mengamalkan demokrasi.

Datuk Othman Desa
Datuk Othman Desa

Menurutnya, ia juga menunjukkan UMNO terbuka untuk sesiapa saja dalam kalangan ahli parti bertanding bagi merebut jawatan yang diinginkan.

“Cakaplah apa pun ‘pemimpin recond’, pemimpin kitar semula atau apa saja namun jika benar beliau membuat penampilan semula dan tawarkan diri membantu parti kita perlu ambil positif.

“Pada akhirnya, yang memilih adalah perwakilan dalam Wanita UMNO itu sendiri, siapakah pemimpin yang didambakan mereka untuk memimpin,” katanya.

Menurut beliau, hak Shahrizat untuk menawarkan diri bertanding pada pemilihan kali ini tidak boleh dinafikan dan pada masa sama, tiada siapa boleh mempersoal hak perwakilan untuk memilih pemimpin mereka.

“Biarkan perwakilan yang menentukan namun apa yang saya ingin ingatkan, mereka mestilah memilih pemimpin yang mencerminkan bahawa UMNO itu terbaik kepada golongan sasar iaitu orang Melayu dan Islam.

“Kurangkanlah berfikiran negatif sebaliknya utamakan parti dan kemampuan seseorang calon itu untuk membawa parti ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Shahrizat sah merebut jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti kali ini selepas borang pencalonan dihantar oleh wakilnya ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) Jumaat lalu.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi penampilan semula Shahrizat dalam dunia politik untuk memberi cabaran kepada Noraini.

Untuk rekod, Shahrizat yang memegang jawatan itu sejak 2008 mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti tahun 2018, kerana mahu memberi laluan kepada muka baharu menerajui sayap pergerakan UMNO berkenaan. - Getaran, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad