web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahrizat Kembali Ke Persada Politik : Susah Senang Bersama

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 9:24PM

Shahrizat Abdul Jalil - Gambar dari Facebook Shahrizat Abdul Jalil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah melihat parti itu pada tahap terbaik, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kini percaya apabila UMNO berada pada titik perubahan, beliau harus kembali aktif dalam parti untuk membantu melakukan reset atau perubahan secara drastik terhadap parti politik berusia 77 tahun itu.

“Merosot kepada 26 kerusi (yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu) adalah satu prestasi mengerikan, tetapi kita boleh membawa parti kembali ke landasan dan menjadikannya menarik kepada pengundi sekali lagi.

“Dalam krisis, sayap wanita sentiasa diharap untuk menyokong parti. UMNO akan bangkit semula seperti burung phoenix,” katanya.

Ditanya mengenai pendirian beliau berhubung personaliti dan isu kepemimpinan menyelubungi UMNO ketika ini, Shahrizat berkata:

“Saya orang parti, tapi saya percaya kepada institusi presiden”.

Walaupun timbul cakap-cakap mengenai kemunculan semulanya sejak dua bulan lalu, Shahrizat berkata, beliau terkejut dengan ‘kekecohan’ mengenai hasratnya untuk kembali aktif dalam politik.

“Adakah benar (bahawa orang ramai bercakap mengenainya)? Saya benar-benar terharu,” kata mantan Menteri berusia 69 tahun itu yang pernah berkhidmat dalam kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Shahrizat yang merupakan Ketua Wanita UMNO pada 2008 hingga 2018, akan mencabar penyandang jawatan itu, Datuk Seri Noraini Ahmad.
Shahrizat yang merupakan Ketua Wanita UMNO pada 2008 hingga 2018, akan mencabar penyandang jawatan itu, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Shahrizat berkata, beliau terkejut tetapi pada masa sama terharu dengan maklum balas ahli parti yang memintanya untuk mencabar kepimpinan Wanita UMNO.

Sebelum ini dilaporkan 147 ketua Wanita UMNO bahagian di seluruh negara menggesa Shahrizat menerajui sayap wanita parti itu

Ironinya, Shahrizat yang merupakan Ketua Wanita UMNO pada 2008 hingga 2018, akan mencabar penyandang jawatan itu, Datuk Seri Noraini Ahmad.

“Ia bukan perkara peribadi. Parti memerlukan orang muda, tetapi saya juga berpendapat tangan berpengalaman juga diperlukan untuk menghidupkan semula UMNO,” katanya yang sudah menyerahkan kertas pencalonan kepada sekretariat parti petang tadi. – The Vibes, 17 Februari 2023

Nota editor: Shahrizat akan memperincikan keputusannya untuk kembali aktif dalam politik minggu depan di The Good, The Bad and The Ugly.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek