web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Buli TikToker Kritik Kerajaan, Ia Tidak Bertamadun - PAS

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 6:38PM

PAS mengecam tindakan segelintir ‘aparatus’ kerajaan yang didakwa melakukan intimidasi politik dan membuli pemilik akaun TikTok mengkritik kerajaan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mengecam tindakan segelintir ‘aparatus’ kerajaan yang didakwa melakukan intimidasi politik dan membuli pemilik akaun TikTok mengkritik kerajaan. 

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, perbuatan tersebut tidak bermoral dan bercanggah dengan hak berpolitik serta kebebasan bersuara sering diagungkan Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH), sebelum ini. 

“Disebabkan tiktoker-tiktoker (pemilik akaun TikTok) ini dilihat berpengaruh dan lantang, mereka diasak serta ditakutkan aparatus kerajaan. 

“Tidak sekadar itu, TikToker ini dibuli dan diugut penyokong PH. Ini adalah satu tindakan tidak bertamadun dan tiada adab serta memburukkan lunas demokrasi negara kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Hari ini, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan sebagai berkata, tindakan terhadap pemilik akaun media sosial semakin berleluasa. 

Ujarnya, ia apabila notis terbaharu dikeluarkan kepada seorang lelaki apabila beliau diminta hadir oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke Balai Polis Bandar Hilir untuk membantu siasatan. 

Mengulas lanjut, Khairil Nizam berkata, PAS mengulangi gesaan agar sebarang intimidasi bermotif politik terhadap tiktoker yang tidak berpihak kepada kerajaan dihentikan. 

Jelasnya, PAS mendesak tindakan lebih profesional diambil jika didapati pemilik akaun TikTok terbabit melanggar undang-undang. 

PAS, katanya, percaya ancaman itu dipengaruhi segelintir ahli politik PH yang tidak senang dengan gelombang dicetuskan PN sejak Pilihan Raya Umum Ke-15, November lalu. 

“Jangan baling batu sembunyi tangan dan menjadi dalang sebenar terhadap perkara ini. Malaysia Madani tiada tempat untuk ahli politik yang berfikiran sempit dan berjiwa kecil,” katanya. - Getaran, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad