Berita Terkini

3 minit yang lalu: PM Anwar tiba di Beijing mulakan lawatan rasmi tiga hari ke China 42 minit yang lalu: Kebakaran di Muar: Polis siasat semua aspek termasuk kecuaian 43 minit yang lalu: Bank Rakyat raih keuntungan sebelum cukai, zakat sebanyak RM1.70 billion 2 jam yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 2 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha

IKUTI KAMI


PRN Terengganu: Rundingan Agihan Kerusi PH-BN Dalam Masa Terdekat

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 9:13PM

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mengesahkan setakat ini, tiada rundingan secara rasmi dilakukan melibatkan kedua-dua gabungan tersebut.

“Secara dasarnya, wujud persefahaman di antara PH dan BN namun rundingan kerusi secara rasmi masih belum berlaku dan dijangka diadakan dalam masa terdekat. 

“Namun, segala keputusan berkaitan agihan hanya akan diumumnya setelah keputusan akhir dicapai antara kedua belah parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

Mengulas lanjut, Raja Kamarul Bahrin yang juga Pengerusi AMANAH Terengganu berkata, pihaknya sedar bahawa BN memiliki lebih banyak kelebihan berbanding PH kerana mempunyai pengalaman lama dan pengaruh yang luas di Terengganu. 

“Berdepan PRN yang boleh diadakan pada bila-bila masa, sememangnya satu kerjasama antara BN dan PH adalah penting bagi memungkinkan berlakunya peralihan kuasa dari PAS kepada kerajaan perpaduan.

“Kita bersedia dan terbuka kepada perbincangan bagi memastikan kerajaan perpaduan dapat dibentuk di peringkat negeri Terengganu,” katanya. 

Semalam, Raja Kamarul Bahrin dilaporkan berkata, PH Terengganu bersetuju menyerahkan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi calon BN bagi menghadapi PRN akan datang.

Katanya, pemimpin utama parti gabungan PH termasuk PKR dan DAP bersetuju dan akur jika BN meminta lebih banyak kerusi pada PRN akan datang.

Ketika mengulas peluang PH dan BN memenangi kerusi sekali gus menubuhkan kerajaan, Raja Kamarul Bahrin berkata, Terengganu adalah medan pertempuran sengit setiap kali pilihan raya diadakan.

Sebelum ini, enam negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu akan mengadakan PRN iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

PAS membayangkan PRN di enam negeri berkenaan dijangka diadakan pada Mac atau Ogos depan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ada beberapa cadangan tarikh sudah dibuat, tetapi belum diputuskan pucuk pimpinan tertinggi parti itu. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

UMNO Guna Lambang Dacing Pada PRN 6 Negeri - Ahmad Zahid

2

Politik 2 hari yang lalu

Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

3

Politik 1 minggu yang lalu

WARISAN Tidak Bertanding PRN 6 Negeri - Mohd Shafie

4

Politik 2 minggu yang lalu

Perwakilan Dijangka Desak PRN Di 6 Negeri Disegerakan - Ahmad Faizal

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

JAIPK Siasat Dakwaan Ayam Tidak Disembelih Di Kuala Kangsar

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Campur Tangan Pendakwaan Kes Berprofil Tinggi - Azalina

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Penyanyi Fugees Jalani Perbicaraan Berkaitan Skandal 1MDB

oleh Wartawan The Vibes