web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Bertanding Di PRN Selangor?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 3:00PM

Khairy Jamaluddin - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang baru dipecat daripada UMNO memberi bayangan beliau mungkin bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun ini.

Mantan Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal itu yang tewas dalam perebutan kerusi Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) tahun lalu berkata, beliau sedang mempertimbangkan pilihannya, termasuk parti yang akan disertai jika ingin bertanding pada PRN di negeri itu.

Menurut beliau, potensi untuk aktif berpolitik di negeri itu amat menarik kerana ia menampilkan kebanyakan kawasan bandar, dan beliau didorong sokongan diterimanya di Sungai Buloh.

“Saya cukup berminat dengan politik di Selangor. Saya rasa ada banyak potensi untuk memulakan semula karier politik saya di sana.

“Saya menghabiskan tiga penggal terakhir di Negeri Sembilan (sebagai Ahli Parlimen Rembau) dan saya rasa episod itu sudah ditutup.

“Saya mempunyai kempen yang baik di Sg Buloh. Walaupun tidak berjaya, saya berjaya menarik jumlah sokongan memuaskan di sana,” katanya kepada pemberita dalam satu perjumpaan anjuran Kelab Concorde di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau ditawarkan untuk menjadi calon Menteri Besar, Khairy berkata: “Terdapat perbincangan dengan beberapa pihak, dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan itu.”

Sementara itu, ditanya pula sama ada beliau melihat peranan sedemikian sebagai cara untuk memenuhi aspirasinya untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, beliau berkata: “Saya sudah tiga penggal di Parlimen, dan saya memimpin tiga kementerian berbeza.”

“Saya rasa pengalaman di peringkat negeri akan menjadi pelengkap yang bagus kepada set kemahiran sedia ada, pengalaman yang saya ada sebagai Menteri.

“Ia akan membantu saya lebih memahami kerajaan tempatan, serta hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dari sudut lain.

“Saya merasakan ia satu peluang yang baik tetapi, sekali lagi, saya perlu mempertimbangkan sama ada saya secara peribadi mempunyai selera untuk melompat kembali (ke dalam politik) serta-merta,” katanya.

Bagaimanapun, Khairy menegaskan, jika beliau memutuskan tidak bertanding pada PRN Selangor, beliau akan mempunyai lebih banyak masa untuk memutuskan platform seterusnya bagi kerjaya politiknya.

“Jadi, jika saya membuat keputusan untuk bertanding pada PRN, maka saya perlu membuat keputusan dalam beberapa bulan akan datang, arah mana saya akan tujui,” katanya. - The Vibes, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Politik 1 tahun yang lalu

Mahu Lahirkan Kepimpinan Yang Berani, Saifuddin Tawar Bertanding MPP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik