web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: PH Terengganu Tidak Kisah Beri Lebih Kerusi Kepada BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 9:06AM

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, perbincangan mengenai kerjasama dan pengagihan kerusi secara tidak rasmi sudah diadakan antara parti itu dengan pimpinan BN - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) Terengganu bersedia memberikan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurut Pengerusi PH negeri berkenaan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, perbincangan mengenai kerjasama dan pengagihan kerusi secara tidak rasmi sudah diadakan antara parti itu dengan pimpinan BN.

Katanya, mesyuarat pucuk pimpinan parti gabungan PH dan BN bagi membincangkan pengagihan kerusi itu akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Sepatutnya mesyuarat dan perbincangan pengagihan kerusi serta pemilihan calon antara kedua-dua pimpinan diadakan pertengahan bulan lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan pimpinan UMNO negeri menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022.

“Hasil keputusan mesyuarat dan persetujuan, terutama membabitkan jumlah kerusi akan diagihkan bakal dibawa ke mesyuarat di peringkat pusat, tetapi pada dasarnya, perbincangan secara tidak rasmi sudah diadakan,” katanya seperti dilaporkan BH.

Raja Kamarul Bahrin berkata, pemimpin utama parti gabungan PH, termasuk PKR dan DAP bersetuju serta akur jika BN meminta lebih banyak kerusi pada PRN.

Jelasnya, ia kerana kepimpinan PH negeri faham UMNO lebih lama bertapak di Terengganu dan mempunyai lebih banyak pengaruh.

Beliau berkata, jumlah pengagihan kerusi bukannya isu besar, sebaliknya paling penting dan menjadi keutamaan adalah gabungan PH serta BN mampu memenangi lebih banyak kawasan.

Mengulas mengenai peluang gabungan itu memenangi kerusi, sekali gus menubuhkan kerajaan di Terengganu, Raja Kamarul Bahrin berkata, negeri berkenaan menyaksikan pertempuran sengit setiap kali pilihan raya diadakan.

Ujarnya, pimpinan tertinggi kedua parti di peringkat negeri, perlu mencari dan menggunakan formula kukuh yang boleh membawa kejayaan pada PRN.

“Kita akan mendapatkan pandangan seluruh kepemimpinan parti, termasuk di peringkat pusat untuk mencari formula berkesan sebagai persediaan menghadapi PRN,” katanya. – Getaran, 6 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad