web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita UMNO Nak Mengorak Ke Hadapan Atau Mengundur Ke Belakang?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 5:31PM

Baru-baru ini timbul laporan yang mendakwa beberapa ketua pergerakan tersebut menggesa Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Exco Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari mempersoalkan sama ada sayap parti tersebut ingin mengorak langkah ke hadapan atau sebaliknya.

Ia susulan laporan baru-baru ini yang mendakwa beberapa ketua pergerakan tersebut, menggesa Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO.

Selaku orang lama dalam Exco Wanita UMNO, Rosni berkata, beliau sudah membuat penyiasatan dan kajian terhadap kenyataan tersebut yang didapati tidak benar sama sekali.

“Rata-rata mereka menyatakan kegusaran mengenai keharmonian, kedamaian dan setia kawan dalam parti, terutama ketika keadaan UMNO tengah nazak.

“Wanita mahukan kestabilan dalam membina kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada asas perjuangan parti UMNO.

“Rakyat sudah muak melihat perebutan tak sudah sudah. Tidakkah kita semua terfikir apa difikirkan rakyat di luar sana?” soalnya menerusi kenyataan.

Menarik perhatian, Rosni berkata, beliau sudah berada di bawah empat pemimpin Wanita UMNO dengan setiap daripada mereka mempunyai corak kepimpinan tersendiri dan berbeza.

Namun, katanya, apa yang pasti adalah penyandangnya kini, iaitu Datuk Seri Noraini Ahmad, diangkat menjadi Ketua Wanita UMNO ketika parti berkenaan berada pada tahap sangat lemah, tiada kuasa dan tanpa wang ringgit, apatah harta.

Jelasnya, keadaan berkenaan tidak sama dengan kepimpinan terdahulu yang ada semuanya.

Justeru, beliau menambah, adalah tidak adil kepada Noraini untuk membandingkan beliau dengan kepimpinan terdahulu.

Dalam kesukaran sekali pun, ujarnya, Noraini cuba melakukan yang terbaik dalam mengarusperdanakan Wanita UMNO semampu mungkin.

Beliau berkata, ramai dalam kalangan Ketua Wanita UMNO Bahagian yang berkelayakan berjaya diangkat dan diletakkan dalam ahli lembaga pengarah (ALP) universiti.

Ujarnya, semua kepimpinan Wanita UMNO ada meninggalkan reputasi dan legasi masing-masing, terutama apabila sudah bertahun menjadi ketua.

“Di kala ini semua ahli UMNO kena dan harus istiqamah, muhasabah diri dan merenung jauh, ke mana kita hendak bawa Wanita UMNO?

“Adakah kita hendak bergerak ke hadapan atau mengundur ke belakang? soalnya. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad