web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Digesa Siasat Ahli Parlimennya Sokong Muhyiddin, ‘Jangan Berat Sebelah’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 3:45PM

Chong Zhemin berkata, amat penting siasatan penuh dijalankan berhubung dengan semua Ahli Parlimen BN yang sudah menandatangani SD dan kandungannya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin Barisan Nasional (BN) diminta tidak bersikap ‘berat sebelah’ dengan hanya menyiasat Ahli Parlimen UMNO yang menandatangani akaun bersumpah (SD) untuk menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin berkata, lembaga itu sepatutnya turut menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen BN yang berbuat demikian bagi memastikan tidak wujud pilih kasih dan mengelakkan masalah susulan.

Justeru, beliau menggesa lembaga itu mengambil langkah terbabit bagi memastikan kestabilan dalam pentadbiran sedia ada dan mengelakkan insiden pengkhianatan, seperti Langkah Sheraton berulang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Lembaga Disiplin BN juga harus menyiasat Ahli Parlimen BN lain yang menyokong Muhyiddin sebagai PM (selepas Pilihan Raya Umum Ke-15) bagi memastikan tidak wujud dwistandard.

“Mengapakah hanya Ahli Parlimen UMNO sahaja dihukum kerana menyokong Muhyiddin sebagai PM, tetapi Ahli Parlimen BN yang lain terlepas?

“Kenapa Ahli Parlimen BN tertentu menikmati imuniti daripada tindakan tatatertib? Adakah semua Ahli Parlimen BN sama rata atau ada yang lebih setara daripada lain?,” soalnya menerusi kenyataan.

Walaupun tidak berniat mencampuri urusan dalaman BN, Zhemin berkata, segala usaha terbaik mesti diambil untuk memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, jelasnya, amat penting siasatan penuh dijalankan berhubung dengan semua Ahli Parlimen BN yang sudah menandatangani SD dan kandungannya.

“Di bawah Akta SD 1960, mana-mana individu yang membuat SD palsu akan didakwa dan dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun, selain boleh didenda,” katanya.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi dalang yang menggerakkan Ahli Parlimen gabungan itu menandatangani SD menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malah, beliau mendakwa tindakan Hishammuddin yang juga mantan Naib Presiden UMNO sering membelakangkan parti, termasuk bertindak menyokong PN dan isu SD itu, membawa kepada keputusan MKT menggantung keahlian beliau selama enam tahun, baru-baru ini. - Getaran, 5 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam