web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ARMADA Cabar PKR, DAP Dedah Butiran Perbelanjaan, Sumber Kewangan PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 8:39PM

Wan Ahmad Fayhsal mendakwa, kerajaan hari ini dilihat terdesak untuk membunuh karakter ‘Prihatin, Bersih & Stabil’ yang sudah sinonim dengan Perikatan Nasional (PN) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (ARMADA) mencabar PKR dan DAP mendedahkan butiran perbelanjaan dan sumber kewangan kempen kedua-dua parti tersebut. 

Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ia perlu dilakukan sekiranya kedua-dua parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH) itu, benar-benar berpegang kepada imej bersih dan berintegriti.

“Adakah PKR dan DAP berani mendedahkan pendapatan serta perbelanjaan mereka, khususnya semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)?

“Kita lihat tidak kurang juga bahan kempen digunakan termasuklah mengadakan program hiburan, penggunaan helikopter mewah persendirian oleh pimpinan tertinggi PH dan sebagainya,” kata beliau menerusi kenyataan. 

Wan Ahmad Fayhsal mendakwa, kerajaan hari ini dilihat terdesak untuk membunuh karakter ‘Prihatin, Bersih & Stabil’ yang sudah sinonim dengan Perikatan Nasional (PN), dengan menggunakan jentera kerajaan yang terkuat untuk menekan dan menindas parti lawan.

Menurutnya, ia bermula dengan tuduhan bahawa kononnya PN menerima dana dari tauke judi kepada penyelewengan RM600 billion, walau ternyata tidak dapat dibuktikan sehingga ke hari ini.

Sebaliknya, ujar beliau, semua itu didakwa bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada kegagalan demi kegagalan kerajaan hari ini, malah saban hari semakin menampakkan ketidakupayaan mereka mentadbir sebuah kerajaan yang berkesan.

“Ia juga dibuat untuk menutup amalan keji nepotisme di dalam pentadbiran pada hari ini, di samping terus dihantui kes mahkamah melibatkan Timbalan Perdana Menteri. 

“ARMADA percaya bahawa rakyat dapat menilai dan membuat pemerhatian sewajarnya,” katanya. 

Tegasnya, ARMADA juga menyeru semua penyokong PN, khususnya yang berada di dalam pentadbiran kerajaan, agar tabah dan bersabar serta tidak tunduk kepada desakan dan tekanan mana-mana pihak berkepentingan. - Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

4

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad