web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


147 Ketua Wanita UMNO Bahagian Sokong Shahrizat Kembali, ‘Beliau Seperti Mutiara…’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 8:30PM

Shahrizat Abdul Jalil dikatakan bakal kembali ke gelanggang politik negara, sekali gus menjadi pesaing kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seramai 147 atau separuh daripada Ketua Wanita UMNO Bahagian seluruh negara, menyatakan sokongan supaya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan sayap wanita parti itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah menerusi kenyataan.

Beliau berkata, semua 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian itu sudah mengadakan pertemuan dengan Shahrizat.

Menurutnya, isu membabitkan usul tambahan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti yang mencetuskan ‘pergolakan’ sudah diketahui umum.

Namun, katanya, apa yang tidak diketahui adalah usul seumpama itu sebenarnya turut dibawa pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2022, supaya jawatan tertinggi Wanita dan bahagian tidak dipertandingkan.

“Bagaimanapun, usul supaya jawatan tertinggi Wanita UMNO itu tidak dipertandingkan ditolak perwakilan yang hadir.

“Usul tersebut kemudiannya dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk diluluskan, namun tidak mendapat sebarang kelulusan,” katanya.

Haryaty berkata, kegagalan usul itu membuktikan akar umbi mahukan kepimpinan baharu.

“Biar pun terdapat cubaan mengekalkan kepimpinan sedia ada tanpa pertandingan, ia tidak berjaya. Melalui proses demokrasi nanti akan menyaksikan, sama ada Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sebenarnya dirindui dan didambakan untuk memimpin Wanita UMNO.

“Beliau seperti mutiara yang lama tersimpan dan akan kembali menyinar bagi membawa kegemilangan Wanita semula,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Shahrizat dikatakan bakal kembali ke gelanggang politik negara, sekali gus menjadi pesaing kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO.

Terdahulu, Shahrizat yang juga mantan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dilantik sebagai Ketua Wanita, selepas mengalahkan penyandang terdahulu, Tan Sri Rafidah Aziz pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2009 dan memegang jawatan berkenaan sehingga 2018.

Mantan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu digantikan Noraini pada pemilihan UMNO 2018 selepas beliau tidak mempertahankan jawatan.

Keputusan itu susulan beliau mengambil kira dan memandang serius suara lantang rakyat yang mahu melihat perubahan serta pembaharuan dalam UMNO. – Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga