web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahu Bawa Suara Anak Muda, Muhammad Faiz Umum Tanding MKT UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 6:10PM

Muhammad Faiz Hashim - Gambar Facebook Muhammad Faiz Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Exco Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim mengesahkan akan bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan parti akan datang.

Pada masa sama, beliau turut menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Indera Mahkota.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana menginsafi kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lalu.

“UMNO sebagai parti tunjang perlu membawa satu pendekatan baru dan segar dalam memastikan parti kembali pulih dan mendapat semula sokongan rakyat terutama orang Melayu.

“Jumlah pengundi muda yang kian bertambah serta minat serta kecenderungan berlandaskan zaman serba berteknologi memerlukan parti bergerak seiring dengan arus perubahan zaman dengan pendekatan cara baharu serta kreatif,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Justeru, Muhammad Faiz meminta sokongan ahli UMNO agar pendekatan, idea berteras teknologi serta suara mewakili anak muda dapat diperjuangkan dalam MKT.

“Semoga kita semua dirahmati dan dipelihara Allah SWT dunia akhirat. Terima kasih,” katanya.

Selain Muhammad Faiz, Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin sebelum ini memutuskan untuk bertanding jawatan ahli MKT.

Shahaniza berkata, keputusan itu dibuat selepas melakukan pertimbangan dan memikirkan secara mendalam mengenai hala tuju serta masa depan politik UMNO.

Bekas EXCO Pahang itu menegaskan, UMNO kini perlu bergerak pantas melakukan perubahan, justeru dengan pengalaman yang ada, beliau bersedia untuk menyumbang khidmat kepada parti.

“Saya menawarkan diri bertanding jawatan ini (MKT) untuk membawa perubahan berkaitan dan seterusnya memperkasakan suara wanita.

“Walaupun ini adalah kali pertama saya bertanding (MKT), pengalaman pada peringkat negeri dan Persekutuan membolehkan saya membantu kepimpinan parti dalam meraih sokongan golongan wanita,” katanya.

Shahaniza adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, selain berpengalaman berkhidmat sebagai Ketua Puteri UMNO Pahang dan pernah menyandang jawatan Ketua Penerangan Puteri UMNO.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Shahaniza bagaimanapun tewas dalam pertandingan empat penjuru bagi kerusi Parlimen Maran. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan