web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Tidak Adil Hanya BERSATU, Elok Siasat Juga PKR, DAP, BN’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 4:12PM

Dr Marzuki Mohamad berkata SPRM juga wajar menyiasat dari mana PKR dan DAP mendapat sumber dana untuk membiayai PRU-15 kerana kedua-dua parti ini berbelanja besar - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan tidak hanya mensasarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, beliau menyambut baik respons Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju dengan saranannya supaya PKR dan DAP mendedahkan kepada umum penyata akaun parti masing-masing.

Menurut beliau, parti tersebut juga perlu mendedahkan akaun amanah atau trustee account kepada umum jika memilikinya.

“Selain itu, SPRM juga wajar menyiasat dari mana PKR dan DAP mendapat sumber dana untuk membiayai PRU-15. Jika diperhatikan kedua-dua parti ini berbelanja besar. 

“Lihat sahaja jumlah bendera, poster, pentas ceramah, lori bergerak, sistem audio, iklan, billboard besar dan kecil, kempen di media sosial dan lain-lain. 

“Ini tidak termasuk bayaran sewa jet dan helikopter untuk kegunaan Datuk Seri Anwar sendiri ketika berkempen. Juga kos lain yang melibatkan kerja jentera parti,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut Marzuki berkata, berdasarkan pengamatan secara kasar, jumlah pembiayaan kempen pilihan raya PKR dan DAP mencecah ratusan juta ringgit, justeru beliau mempersoalkan dari mana sumber tersebut diperoleh.

“PKR dan DAP adalah kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Adakah PKR dan DAP tidak menerima sebarang sumbangan daripada mana-mana ahli perniagaan atau tauke yang berurusan dengan ketiga-tiga kerajaan negeri ini? 

“Saya tanya saja bukan tuduh,” katanya.

Jelas beliau, gesaan tersebut dibuat susulan tindakan SPRM memulakan siasatan terhadap BERSATU dan sedang meneliti sumber dana pilihan raya parti tersebut.

Tegasnya, ia adalah tindakan yang tidak adil jika hanya BERSATU sahaja disiasat kerana dituduh berbelanja besar sedangkan perkara sama turut berlaku membabitkan PKR dan DAP.

“Oh ya, elok siasat juga dana pilihan raya Barisan Nasional (BN). Ingat, Menteri-Menteri BN juga ada dalam kerajaan PN dan Perdana Menteri selepas PN juga dari BN. 

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Barulah adil. 

“Saya percaya Perdana Menteri seorang yang adil dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip keadilan. Jadi biarlah adil dalam bertindak,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad