Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemilihan Kuatkan Semula UMNO, Calon Bertanding Perlu Bersih, Bebas Kes Rasuah

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 7:00AM

Proses pemilihan pada kali ini dilihat ‘unik’ kerana pelbagai pihak, khususnya akar umbi mampu menyaksikan sejauh mana keikhlasan UMNO mahu melakukan perubahan bermula dengan demokrasi dalam parti. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilihan UMNO yang bermula kelmarin amat penting dalam usaha melakukan penjajaran semula terhadap kepimpinan parti semua peringkat selepas prestasi kurang memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu.

Suka atau tidak, pemimpin dan ahli harus terbuka dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU), bulan lalu bahawa parti akan mempertahankan kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) di samping jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Proses pemilihan pada kali ini dilihat agak ‘unik’ kerana pelbagai pihak, khususnya akar umbi mampu menyaksikan sejauh mana keikhlasan UMNO mahu melakukan perubahan bermula dengan demokrasi dalam parti.

Dengan langkah itu, UMNO akan bangkit semula berlandaskan hala tuju baharu yang digariskan kepimpinan parti bagi membolehkan ia terus bergerak ke hadapan dan kembali relevan di hati rakyat.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ahli UMNO tidak seharusnya menjadikan penggantungan dan pemecatan sebahagian pemimpinnya sebagai konflik sehingga berdendam terhadap calon yang senada dengan keputusan parti.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani - Gambar fail
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani - Gambar fail

“Jangan lagi fikirkan mereka yang dipecat atau digantung kerana itu bukan perkara baharu. Ia pernah berlaku pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh Hamzah dan kesnya lebih besar daripada (pemimpin) sekarang.

“Saya rasa orang pun sudah lupa (pemecatan dan penggantungan ahli) kerana mereka sudah fokus mengenai jawatan khususnya yang bertanding. Pemilihan ini masa yang tepat untuk UMNO  menguatkan semula parti,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Azizuddin yakin pemilihan UMNO yang bermula pada 1 Februari lalu juga mampu menyatukan semula ahli dan memudahkan langkah memperkasakan semula parti bagi menarik semula sokongan rakyat.

Menurut beliau, UMNO harus dibersihkan daripada pemimpin yang menjadi ‘duri dalam daging’ agar tidak merencatkan perjalanan dan hala tuju parti pada masa akan datang.

“Setiap kali UMNO mengadakan pemilihan, ia akan menjadi kuat dan inilah peluangnya untuk memulihkan kembali imej parti. Cuma yang membimbangkan, selalunya UMNO akan lemah jika ada pemimpin yang cuba berebut kuasa.

“Setiap ahli dan kepimpinan harus bersama membawa agenda parti. Jangan lakukan seperti sebelum ini di mana ada yang duduk dalam UMNO tapi bawa agenda parti lain. Jika itu berlaku, sampai bila pun masalah dalaman tidak akan selesai,” katanya.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berpendapat, ketetapan yang diputuskan pada PAU bulan lalu harus dihormati dan semua ahli perlu berlapang dada menerima hakikat kerana itu diinginkan majoriti perwakilan.

Jelas beliau, individu yang menawarkan diri bertanding pada pemilihan UMNO juga perlu bersih dan tidak terpalit dengan kes rasuah.

Calon bertanding juga perlu memperjuangkan ketuanan Melayu, menjaga kepentingan bahasa Malaysia, institusi raja-raja dan memahami permasalahan rakyat.Gambar oleh Azim Rahman
Calon bertanding juga perlu memperjuangkan ketuanan Melayu, menjaga kepentingan bahasa Malaysia, institusi raja-raja dan memahami permasalahan rakyat.Gambar oleh Azim Rahman

“Kalau ada yang terpalit kes mahkamah, saya fikir dia harus tarik diri. Jadi penting untuk calon cermin diri terlebih dahulu. Selain itu, calon juga perlu berani kekal bersama parti walaupun berlaku kemelut dalaman dan tidak menjadi pengkritik yang mampu merosakkan parti.

“Kebiasaannya, mereka yang mengkritik ini sudah tidak relevan dalam parti. Ada saluran betul untuk meluahkan (kritikan) seperti melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO atau di mesyuarat bahagian, bukannya menumpang populariti media sosial seperti TikTok ataupun Facebook,” katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapat, calon bertanding juga perlu memperjuangkan ketuanan Melayu, menjaga kepentingan bahasa Malaysia, institusi raja-raja dan memahami permasalahan rakyat.

Sehubungan itu, Jamaie menggesa agar ahli memilih calon yang sealiran dengan keputusan PAU agar UMNO mampu bangkit semula dan kembali relevan pada PRU-16.

“Sebagai parti yang sedang lemah ketika ini, UMNO tidak mungkin akan secara tiba-tiba menjadi kuat. Namun penambahbaikan akan berlaku sekiranya perwakilan yang mengundi nampak hala tuju apa sepatutnya dilakukan UMNO.

“Jangan memilih calon berdasarkan kem tertentu yang dicipta. Kebiasaannya (trend ini) akan berlaku ketika pemilihan. Jika itu berlaku, maka tiada jalan penyelesaian untuk memperbetulkan UMNO,” katanya.

Pemilihan UMNO bermula kelmarin bagi memilih jawatankuasa cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri membabitkan 22,000 cawangan dan 191 bahagian di seluruh negara dan akan berlangsung sehingga 26 Februari ini.

Seusai pemilihan di cawangan, parti itu akan mengadakan pemilihan Exco Wanita, Exco Pemuda dan EXCO Puteri UMNO Pusat serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan, manakala pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian dan MKT UMNO pula diadakan pada 18 Mac.

Pemilihan kali ini menyaksikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan selaras dengan usul tambahan pada PAU 2022 yang berlangsung baru-baru ini.

Usul itu mendapat sokongan majoriti perwakilan.

Ismail Sabri Yaakob - Gambar oleh Azim Rahman
Ismail Sabri Yaakob - Gambar oleh Azim Rahman

Justeru, jawatan tertinggi yang akan dipertandingkan adalah Naib Presiden yang kini disandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sementara itu, sumber dalaman parti memaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad antara yang bakal merebut jawatan Naib Presiden.

“Ada ura-ura terdapat sembilan pemimpin UMNO berhasrat bertanding jawatan itu, namun peluang Hasni dilihat agak tipis selepas Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dilantik mengambil alih kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Johor.

“Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Bahagian UMNO Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said juga menyatakan hasrat untuk bertanding namun jawatan apa, belum diketahui kerana masih terlalu awal,” katanya.

Sementara itu, sumber memaklumkan bahawa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Malah terdapat ura-ura mengatakan Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh turut mengintai peluang sama.

“Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO, setakat ini yang kita tahu hanya Exco Puteri UMNO, Fadhwa Anuar menawarkan diri mahu bertanding jawatan tersebut,” katanya.

Pemilihan UMNO sepatutnya diadakan pada 2021, tetapi ditangguhkan sehingga 18 bulan yang berakhir Disember 2022.

Bagaimanapun, pada akhir tahun lalu, UMNO meminda Fasal 10.16 Perlembagaan parti dan membenarkan penangguhan pemilihan sekali lagi, iaitu selama enam bulan selepas pilihan raya umum diadakan.

Tarikh akhir pemilihan UMNO adalah pada 19 Mei ini. - Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

2

Semasa 2 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Politik 4 bulan yang lalu

UMNO Anjur Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Mulai Januari

4

Politik 5 bulan yang lalu

UMNO Tidak Perlu Pujuk Ahli Parlimen Pembangkang Sokong PM - Ahmad Maslan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran