web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tindakan Beku Akaun BERSATU Untuk Lumpuhkan Persediaan Hadapi PRN?

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 2:02PM

Muhyiddin Yassin berkata, dengan PRN yang akan diadakan pada pertengahan tahun ini, parti itu memerlukan semua dana untuk memastikan persiapan sewajarnya dapat dilakukan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan motif sebenar di sebalik pembekuan akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sama ada ia bertujuan untuk melumpuhkan usaha gabungan itu menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, dengan PRN yang akan diadakan pada pertengahan tahun ini, parti itu memerlukan semua dana untuk memastikan persiapan sewajarnya dapat dilakukan.

Tambahnya, BERSATU secara rasmi akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membatalkan pembekuan akaun parti itu, dengan mengatakan tindakan diambil oleh badan pencegah rasuah terbabit akan menghalang pengurusan parti.

“BERSATU memerlukan dana untuk berkempen bagi enam pilihan raya negeri. Saya harap motif sebenar di sebalik pembekuan akaun parti bukan untuk melumpuhkan jentera PN dan BERSATU pada pilihan raya.

“Sesetengah orang berkata tindakan yang diambil (terhadap kami) bermotifkan politik. Jika ini berterusan sudah tentu akan menghalang semua aktiviti pilihan raya kami, termasuk membantu rakan kita yang lain dalam PN,” katanya.

Enam negeri yang dijangka mengadakan pilihan raya menjelang pertengahan tahun ini ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Muhyiddin berkata, dana parti amat penting untuk memastikan perjalanan harian organisasi, termasuk pembayaran gaji kepada pegawainya serta komitmen kewangan lain.

“Sebab itu kami minta, selepas SPRM menjalankan semakan dan mendapati tiada penyelewengan, penyalahgunaan kuasa atau dana masuk secara haram, pembekuan akaun kami boleh ditarik balik serta-merta.

“Saya percaya SPRM akan menjalankan siasatan secara telus, dan saya memberi jaminan bahawa BERSATU akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan itu,” katanya selepas mempengerusikan pemukiman Ahli Parlimen PN di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa akaun BERSATU telah dibekukan untuk siasatan di bawah undang-undang pengubahan wang haram kerana disyaki menerima hasil haram.

Siasatan itu kini dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Siasatan itu dipercayai ada kaitan dengan dana rangsangan ekonomi RM92.5 bilion yang didakwa diseleweng ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin meluahkan keyakinan bahawa siasatan oleh SPRM akhirnya akan membersihkan nama BERSATU daripada sebarang salah laku, dan dakwaan berbilion ringgit dipindahkan ke akaunnya adalah palsu.

Beliau berkata, akaunnya dari tahun sebelumnya juga telah diaudit dan selaras dengan keperluan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), tanpa sebarang penemuan luar biasa.

“Jumlah wang yang masuk ke dalam akaun dan bakinya semuanya dalam pengetahuan SPRM.

“Saya yakin rekod pergerakan wang dalam BERSATU adalah mengikut arahan dan datang daripada sumber yang sah,” katanya. – The Vibes, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik