web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan Terima Ahli UMNO Dalam PH: Perlu Jaga Kerukunan Kerajaan Perpaduan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 7:28PM

Anwar Ibrahim berucap ketika hadir pada Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun, di Meru hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Keputusan untuk menerima pimpinan UMNO yang dipecat jika mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan Harapan (PH) akan mengambil kira pandangan pimpinan setiap parti komponen dalam gabungan itu. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH berkata perkara itu juga perlu menjaga kesepakatan dalam Kerajaan Perpaduan. 

"Ia perlu menjaga kerukunan, kedamaian dan perpaduan Kerajaan Perpaduan, kita akan beri pertimbangan yang lebih luas," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun di sini hari ini. 

Pada Jumaat, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada UMNO. 

Keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO itu turut menyaksikan Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Maulizan Bujang digantung keahlian selama enam tahun. 

Turut digantung keahlian ialah Ahli Parlimen Jempol Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan.

Anwar berkata setakat ini masih tiada bekas pimpinan UMNO yang dipecat menyatakan hasrat untuk bersama PH. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad