web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nazifuddin Najib Tawar Bertanding Naib Ketua Pemuda, 'Saya Mahu Bantu Parti'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 7:15PM

Mohammad Nazifuddin Najib - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Anak mantan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Nazifuddin Najib hari ini, menawarkan dirinya untuk bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda semasa pemilihan parti.

Beliau berkata, tawaran itu adalah bagi membolehkannya membantu sayap parti terbabit untuk menarik golongan muda agar dapat bersama-sama memperkukuhkan wadah perjuangan.

Anak Datuk Seri Najib Razak itu menegaskan, sebagai seorang daripada ahli dalam persatuan sukan, beliau merasakan ia satu kelebihan baginya untuk mendampingi golongan muda, seterusnya mendorong mereka agar bersama parti berkenaan.

“Saya turut ingin menyumbangkan khudrat dalam memartabat kegiatan sukan, mencungkil bakat dan kemahiran, selain meninggikan taraf ekonomi serta kepelbagaian aktiviti berfaedah untuk golongan muda,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohammad Nazifuddin yang juga Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkata, sekiranya diberi peluang memegang jawatan itu, beliau akan memfokuskan kepada golongan pengundi baharu lepasan sekolah, agar mereka dapat membantu parti untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Oleh itu, saya dengan penuh takzim, memohon sokongan daripada sahabat perwakilan Pemuda UMNO dari seluruh negara bagi merealisasi hasrat saya ini.

“Kepada Allah SWT jualah saya berserah,” katanya.

UMNO akan mengadakan pemilihan parti itu bermula pada 1 Februari  hingga 18 Mac depan di semua peringkat, bagi mematuhi pindaan perlembagaan  diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pemilihan itu membabitkan 22,000 cawangan dan 191 bahagian di seluruh negara. - Getaran, 29 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar