web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Belum Tentukan Kerjasama Dengan Siapa Hadapi PRN - Mohamad

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 9:20AM

Mohamad Hasan berkata BN masih dalam peringkat menyusun dan melihat strategi yang terbaik bagi menghadapi Pilhan Raya Negeri nanti - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) belum membuat keputusan mengenai kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN masih dalam peringkat menyusun dan melihat strategi yang terbaik bagi menghadapi pilihan raya itu nanti.

"BN akan membuat persiapan jentera dulu, bagaimana cara untuk menghadapi pilihan raya nanti, siapa sekutu kita belum ditentukan.

Saya belum dapat menjangkakan strategi yang bagaimana perlu dibuat dengan siapa kita mahu berganding bahu... itu belum cerita lagi mengenai pembahagian kerusi, banyak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri di sini hari ini.

Mohamad yang merupakan Pengarah Pilihan Raya BN berkata beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama yang ada di peringkat kerajaan pusat termasuk bersama Pakatan Harapan (PH) diteruskan untuk menghadapi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah itu.

"Kemungkinan besar ada, apa pilihan yang kita (BN) ada, dalam keadaan begini, tidak banyak piihan, pilihan yang ada terhad, (BN) mesti melihat pilihan mana yang terbaik," katanya.

Mohamad berkata BN juga telah membentuk jawatankuasa kecil bagi menjalankan post mortem susulan kekalahan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

Katanya hasil post mortem itu termasuk jumlah undi yang diperoleh semasa PRU15 mengikut Pusat Daerah Mengundi (PDM) akan dijadikan rujukan untuk menghadapi PRN.

"Pertama mahu lihat post mortem, isu dan masalah dan baru lihat cara dan strategi bagaimana menghadapi PRN ini. Kita tidak boleh menidakkan apa yang telah berlaku kerana PRU15 merupakan, PRU terburuk dalam sejarah BN,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 59 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad