web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Rela Dipecat Kerana Tak Mahu Bersekongkol Dengan Pemimpin Menguburkan UMNO’ - Noh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 7:03AM

Noh Omar berkata, biarpun tidak sanggup meninggalkan parti keramat berkenaan, beliau memilih untuk dipecat daripada terus ‘tunduk’ kepada pemerintahan seperti itu - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar yang dipecat daripada parti itu malam tadi, sanggup menerima keputusan berkenaan asalkan tidak bersekongkol dengan pemimpin yang tidak mampu memerintah dengan baik.

Katanya, biarpun tidak sanggup meninggalkan parti keramat berkenaan, beliau memilih untuk dipecat daripada terus ‘tunduk’ kepada pemerintahan seperti itu.

Noh berkata, parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu tidak memberikan beliau ruang membela diri dan menghukumnya apabila bersuara.

“Saya tidak sanggup tinggalkan parti keramat ini, tapi saya memilih untuk tidak bersekongkol dengan pemimpin yang menguburkan UMNO.

“Saya bersuara, akhirnya dihukum tanpa diberi ruang membela diri,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

UMNO malam tadi memecat keahlian Noh Omar dan mantan Ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dua pemimpin itu dikenakan tindakan terbabit kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Katanya, parti itu turut menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

“Selain itu, yang turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO bahagian Pasir Gudang, manakala Bahagian Putrajaya (9), Bahagian Tanjung Karang (2) dan UMNO Pahang (26).

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terbabit membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan tengah malam tadi sejurus selesai mesyuarat MKT dipengerusi Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabata UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Keputusan pemecatan Noh itu menepati jangkaan ramai, susulan beliau dilihat lantang mengkritik kepimpinan parti berkenaan, khususnya Ahmad Zahid.

Sementara itu, ketika ditemui media sebelum tamat mesyuarat MKT semalam, Noh berkata, Ahmad Zahid pada mulanya mengumumkan penggantungnya selama enam tahun, tetapi beliau sebaliknya meminta supaya memecatnya.

“Bagaimana presiden boleh menggantung saya sedangkan saya sudah dipanggil lembaga disiplin untuk bertemu mereka pada 30 Januari? Apakah jenis undang-undang hutan yang dia (Ahmad Zahid) ikut?”

“Saya beritahu dia, ‘jangan, jangan gantung saya, lebih baik pecat saya’. Apa gunanya berada dalam parti yang tersasar daripada perjuangan asal?

“Presiden berkata ‘jika anda mahu dipecat, maka baiklah’. Dia berkata okey, dengan ini, saya dipecat. Saya memberitahunya ‘terima kasih’,” kata Noh dengan nada marah.

Noh yang juga mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, Ahmad Zahid tidak memberikan sebarang justifikasi terhadap tindakan tatatertib diambil terhadapnya dan beberapa ahli parti, selain mendakwa ia adalah keputusan lembaga disiplin.

Malah, Noh berkata, beliau dijadualkan bertemu lembaga itu pada Isnin, tetapi dihukum sebelum mesyuarat itu.

“Bagaimana saya boleh dihukum walaupun sebelum mesyuarat yang dijadualkan pada Isnin dengan lembaga pengarah? Sebab itu saya minta dipecat.

“Keputusan (pemecatan) sudah disahkan. Saya seorang pejuang. Apa gunanya saya jika saya digantung kerja, jika saya tidak boleh menggunakan platform UMNO lagi?,” katanya.

Pemecatan Noh yang menjadi sebahagian daripada pembersihan dalaman parti, menamatkan kerjaya ahli politik berusia 65 tahun itu dalam UMNO yang bermula pada 1977.

Beliau digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15, November tahun lalu dan antara beberapa tokoh utama parti yang didakwa diabaikan kepimpinan, kononnya kerana pandangan berbeza. – Getaran, 28 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Penggantungan Awesome TV Tidak Beretika, Salahi Undang-Undang’ - Adam 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar