web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Sedia Dipanggil Lembaga Disiplin Dan Rela Dipecat, Sekiranya…” - Noh

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 11:42AM

Noh Omar menegaskan, beliau bersedia dipanggil lembaga disiplin dan berdepan tindakan dipecat jika prinsipnya yang lantang ‘mengkritik’ parti dianggap sebagai sabotaj.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar menegaskan, beliau bersedia dipanggil lembaga disiplin dan berdepan tindakan dipecat jika prinsipnya yang lantang ‘mengkritik’ parti dianggap sebagai sabotaj.

“Saya sedia dipanggil lembaga disiplin parti dan saya lebih rela dipecat, sekiranya prinsip saya bercakap untuk parti dianggap sabotaj,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Bersama beliau, empat lagi pemimpin UMNO Bahagian Tanjung Karang, termasuk anaknya diberikan notis untuk menemui jawatankuasa pengurusan UMNO pada 30 Januari ini.

Katanya, mereka adalah Setiausaha UMNO Bahagian, Jasman Anuar; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Salbiah Saari; Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Yusop Omar dan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian, Nurul Syazwani.

Manakala, Datuk Mohd Hafrizam Harun mengesahkan melalui WhatsApp bahawa beliau sudah menerima notis itu minggu lalu.

Bersama Noh Omar, empat lagi pemimpin UMNO Bahagian Tanjung Karang, termasuk anaknya diberikan notis untuk menemui jawatankuasa pengurusan UMNO pada 30 Januari ini - Gambar Fail
Bersama Noh Omar, empat lagi pemimpin UMNO Bahagian Tanjung Karang, termasuk anaknya diberikan notis untuk menemui jawatankuasa pengurusan UMNO pada 30 Januari ini - Gambar Fail

Noh mengesahkan notis diterima itu, memaklumkan bahawa empat pemimpin bahagian Tanjung Karang, terbabit dalam beberapa dakwaan mengkhianati parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November tahun lalu.

“Saya akan hadir untuk menjelaskan setiap pertuduhan terhadap saya kerana saya masih ahli UMNO MKT.

“Saya sedia terima apa sahaja keputusan parti. Kalau mereka nak pecat saya, teruskan, saya tak kisah.

“Kalau pemimpin UMNO nak salahkan orang lain atas kekalahan mereka pada PRU-15, ia terpulang kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab spekulasi bahawa namanya disenaraikan Lembaga Disiplin UMNO bagi mesyuarat pada 30 Januari ini.

Pada mesyuarat Rabu lalu, jawatankuasa itu berkata, perbincangan adalah mengenai status keahlian mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam parti berkenaan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan perkara itu kepada wartawan.

Pada mesyuarat Rabu lalu, jawatankuasa itu berkata, perbincangan adalah mengenai status keahlian mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam parti berkenaan - Gambar Fail
Pada mesyuarat Rabu lalu, jawatankuasa itu berkata, perbincangan adalah mengenai status keahlian mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam parti berkenaan - Gambar Fail

Antara perkara lantang dipersoalkan Noh adalah tuduhan beliau mengkhianati Parlimen Tanjung Karang pada PRU-15, iaitu kerusi disandangkan selama beberapa penggal sebelum Barisan Nasional (BN) meletakkan calon lain di situ, walaupun hakikatnya parti itu mengalami kerugian besar dan gagal memenangi majoriti di tujuh negeri, termasuk Selangor.

Malah, beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, susulan kekalahan teruk parti itu pada PRU-15 dengan turut hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Lebih berani, mantan Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi itu berkata, kekalahan besar UMNO pada PRU-15 berpunca daripada penolakan rakyat, walaupun mungkin terdapat beberapa faktor lain, termasuk calon tidak popular.

“Kita tidak boleh hanya mengatakan ada sabotaj dalaman apabila kita kalah. Orang ramai mungkin menolak parti atas beberapa sebab.

“Sebagai contoh, Parlimen Tanjung Karang adalah kubu kuat UMNO, mungkin rugi kerana pemilihan calon tidak mendapat sambutan rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Noh mengakui beliau antara empat ahli MKT yang tidak menyokong usul supaya dua jawatan tertinggi UMNO, tidak dipertandingkan pada PAU, baru-baru ini.

Tegasnya,keputusan itu bukan berdasarkan pengaruh sesiapa tetapi dibuat atas dasar mempertahankan prinsip mengutamakan kepentingan parti, agama dan negara serta tidak takut bersuara membela kebenaran.

Justeru, katanya, pemimpin tertinggi itu tidak wajar menuduh beliau mengkhianati kerana enggan menyokong usul tambahan terbabit.

 Noh mengakui beliau antara empat ahli MKT yang tidak menyokong usul supaya dua jawatan tertinggi UMNO, tidak dipertandingkan pada PAU, baru-baru ini - Gambar Fail
Noh mengakui beliau antara empat ahli MKT yang tidak menyokong usul supaya dua jawatan tertinggi UMNO, tidak dipertandingkan pada PAU, baru-baru ini - Gambar Fail

“Prinsip saya sentiasa mengikut arahan parti dan saya berpegang kepada perlembagaan UMNO, selain keputusan badan tertinggi kerana saya tidak mempunyai kepentingan peribadi. Apabila parti memutuskan 'No Anwar, No Dap', saya tetap dengannya. Apabila saya diarah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai Perdana Menteri sebelum PRU-15), saya bersetuju.

“Begitu juga apabila parti memutuskan menarik balik sokongan daripada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin, saya adalah salah seorang daripada 15 Ahli Parlimen yang menandatangani SD menarik balik sokongannya,” katanya.

Justeru, Noh berkata, semua situasi itu membuktikan beliau adalah ‘orang parti’, namun hanya apabila tidak menyokong usul PAU 2022 dan menolak cadangan supaya dua jawatan teratas tidak dipertandingkan, beliau dianggap pengkhianat UMNO.

Mengulas lanjut, Noh berkata, dari segi peraturan, beliau sendiri melihat usul itu tidak dibawa mengikut peraturan.

“Apabila kita melakukan sesuatu, ia harus mengikut peraturan supaya orang luar dapat melihat bahawa kita tidak melakukan sesuka hati. Dalam mesyuarat MKT hanya tujuh usul dibincangkan, ia tidak termasuk usul jawatan tertinggi dipertandingkan.

“Usul itu dilihat mengelirukan kerana usul tambahan mesti diluluskan melalui mesyuarat MKT, sebelum dibawa ke PAU untuk kelulusan,” katanya.

Terdahulu, The Vibes melaporkan, sekurang-kurangnya tiga pemimpin kanan UMNO berdepan kemungkinan dipecat daripada parti itu dan ia dijangka diketahui malam ini.

Menurut sumber, ketiga-tiga mereka adalah antara senarai panjang nama ahli UMNO yang disebut lembaga disiplin parti untuk dikenakan tindakan tegas.

Bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan dibuat Majlis Tertinggi yang akan bermesyuarat di ibu pejabat parti malam ini.

Sumber yang enggan dikenali memaklumkan kepada The Vibes, nama disebut Lembaga Disiplin UMNO untuk dikenakan tindakan itu adalah berdasarkan kelakuan individu tersebut yang bertindak mengancam untuk mencemarkan imej parti. – Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan