web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘UMNO Milik Semua Ahlinya, Bukan MKT Sahaja’- Khairy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 8:47PM

Khairy Jamaluddin - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan parti itu milik semua ahli, bukan untuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) semata-mata.

Menurut beliau, walaupun berbeza pendapat dengan pimpinan tertinggi UMNO tidak bermakna dirinya tidak setia kepada parti.

“Berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan dan menuntut proses demokrasi dihormati tidak bermakna tidak setia kepada parti.

“UMNO milik ahlinya semua, bukan MKT sahaja,” katanya menerusi hantaran di Instagram beliau, hari ini.

Kenyataan terbaharu itu dikeluarkan selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan nasib Khairy akan diketahui selepas mesyuarat MKT malam esok.

Ahmad Zahid turut memberi bayangan terdapat beberapa lagi pemimpin UMNO akan dipecat selain Khairy bagi memastikan parti terus kekal relevan dan kembali meraih sokongan rakyat.

Bagaimanapun, walaupun diasak media, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai nama pemimpin yang bakal disingkir daripada UMNO.

“Saya kata dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU), kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri ketika PRU diadakan.

“Bila besar-besaran maknanya adalah. Insya-Allah, siapa yang terasa dan belum terasa kita akan putuskan nanti. (Namun) saya tak boleh beritahu awal-awal, saya kena embargo (tidak boleh dedahkan) semua maklumat sehingga waktu sesuai,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Khairy turut menghargai pelawaan PAS untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) jika beliau dikenakan tindakan penyingkiran oleh parti.

Bagaimanapun, Khairy berkata, beliau terpaksa menolak pelawaan itu kerana masih setia bersama UMNO.

“Saya ucap terima kasih atas pelawaan PAS untuk sertai PN tetapi saya masih setia sebagai ahli biasa UMNO,” katanya seperti dilaporkan BH.

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti itu dan PN bersedia menerima Khairy sekiranya beliau dipecat daripada UMNO.

Malah katanya, mantan Menteri Kesihatan itu boleh memilih untuk menyertai mana-mana parti dalam komponen PN.

Ujarnya lagi, seluruh kepimpinan PAS dan PN menganggap penyertaan Khairy dalam gabungan itu diibaratkan sebagai kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

“Pimpinan parti dalam PN sentiasa bersikap terbuka dan penyertaan mana-mana pemimpin politik atau individu untuk bersama melaksanakan pelbagai agenda kepada rakyat,” katanya.

Difahamkan, UMNO dijangka mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) petang esok bagi membincangkan tindakan ke atas Khairy kerana menyebarkan dakwaan palsu mengenai kewujudan 'perwakilan import' dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, pada pertengahan bulan lalu.

Beberapa laporan sebelum ini menyebut mesyuarat MKT UMNO dalam mesyuaratnya semalam akan membincangkan mengenai pemecatan Khairy kerana dikatakan melanggar ketetapan parti.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menjelaskan tiada mesyuarat MKT UMNO berlangsung semalam.

Khairy sebelum ini secara terbuka 'mengkritik' beberapa pemimpin UMNO, selain lantang bersuara agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti tidak terkubur. - Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad