web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: PH Belum Bincang Secara Rasmi Pembahagian Kerusi Dengan BN - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 9:17AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) belum mengadakan perbincangan rasmi dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi yang akan ditandingi kedua-dua gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi PH berkata tiada halangan untuk pimpinan parti itu di peringkat negeri bagi mengadakan perbincangan dengan BN berhubung perkara tersebut.

“Perbincangan pembahagian kerusi dengan BN secara rasmi belum, walaupun saya tidak menghalang pimpinan di peringkat negeri mengadakan perbincangan, perbincangan secara rasmi itu belum dimulakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri di Cherok Tok Kun di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PH dan BN telah mengadakan rundingan mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada PRN di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

Sabtu lepas, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dilaporkan berkata PH sudah memulakan perbincangan bersama BN mengenai kerjasama dalam PRN yang bakal diadakan tidak lama lagi tetapi ia berlangsung secara tidak rasmi.

Sementara itu, Anwar berkata beliau tidak akan mencampuri urusan PAS yang mahu menentukan sendiri tarikh bersesuaian untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri ditadbir parti itu iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya PRN di tiga negeri ditadbir PAS tidak diadakan serentak dengan tiga negeri yang ditadbir PH (Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan), ia mungkin menyebabkan kos keseluruhan PRN di keenam-enam negeri berkenaan meningkat.

“Itu hak mereka masing-masing dan dia rujuk dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bukan urusan saya, cuma kos untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan itu tentunya akan jauh meningkat,” katanya.

Baru-baru ini Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata PAS akan menentukan sendiri tarikh bersesuaian untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN di tiga negeri ditadbir parti itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek