web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Veteran UMNO Minta Hadi Berhenti Keluar Fatwa Rosakkan Aqidah, ‘Taubatlah Segera’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 11:22AM

Abdul Hadi mendakwa pengagihan wang disalurkan beberapa individu kepada pengundi ketika PRU-15 adalah ‘sedekah’. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pemberian ‘hadiah’ kepada pengundi bukan rasuah tetapi sedekah, tidak menghairankan.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ia kerana Abdul Hadi mungkin sudah berjumpa dalil untuk menghalalkan cara.

“Hadi seorang yang banyak mengeluarkan fatwa politik menggunakan Islam demi mencapai matlamat PAS.

“Fatwanya yang mengkafirkan orang UMNO adalah yang paling lama sehingga menimbulkan perpecahan dalam masyarakat, keluarga dan rumah tangga,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi Awang pada satu sidang media baru-baru ini, mendakwa pengagihan wang disalurkan beberapa individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah sedekah.

Beliau berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Katanya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

Tegasnya, mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil calon tidak boleh memberi ‘hadiah’, termasuk wang, tetapi sekiranya orang awam mahu melakukannya sebagai sedekah, ia terpulang kepada mereka.

Mustapha berkata, semua masih ingat peristiwa solat dua imam, selain kahwin imam dan sembelihan daripada orang UMNO tidak sah, sehingga anak serta ibu bapa dan adik-beradik putus hubungan kekeluargaan serta pelbagai musibah berlaku akibat fatwa Abdul Hadi itu.

“Jadinya Veteran (UMNO) tidak pelik atau terkejut dengan pandangan terbaharu Abdul Hadi mengenai rasuah, pemberian dan sedekah,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kejayaan Abdul Hadi mengeluarkan fatwa dan dalil politiknya menyaksikan pengikutnya mempercayai bahawa fatwa serta dalil terbabit betul dan benar.

Ujarnya, memandangkan Abdul Hadi digelar sebagai Tuan Guru, apa yang keluar daripada mulutnya semuanya dianggap betul dan benar.

Malah, pengikutnya tidak nampak keburukan dan kemunafikan Ahli Parlimen Marang itu yang sudah melakukan kefasikan kepada diri mereka.

Susulan kenyataannya itu, Mustapha berkata, Veteran UMNO menyeru Abdul Hadi supaya berhenti daripada melakukan kerosakan kepada aqidah pengikutnya dan bertaubat dengan segera.

Pihaknya juga, katanya, turut mendesak pemimpin itu supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fatwa yang mengkafirkan orang UMNO.

“Veteran UMNO menyeru Abdul Hadi supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada melakukan kemungkaran, demi kesejahteraan ummah serta bangsa Melayu,” katanya. - Getaran, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad