Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pembahas Dihalang Berucap Di PAU: ‘Mereka Akan Menjauhi, Anggap Demokrasi Mati’ - Noh

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 9:05AM

Noh Omar kecewa apabila Muhammad Iman Irfan Yahya yang pada awalnya sudah disenaraikan sebagai pembahas Ucapan Dasar Presiden pada PAU 2022 di saat akhir tidak dibenarkan berucap - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan tidak membenarkan orang muda, termasuk pelajar Malaysia di luar negara memberi ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kerana dibimbangi mengkritik kepimpinan tertinggi secara terbuka adalah tidak wajar, malah boleh menyebabkan golongan itu menjauhi parti berkenaan kerana menganggap demokrasi di dalamnya semakin ‘mati’.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, situasi mengecewakannya itu dapat dilihat melalui rintihan Pengerusi Kelab UMNO Sheffield, United Kingdom, Muhammad Iman Irfan Yahya yang pada awalnya sudah disenaraikan sebagai pembahas Ucapan Dasar Presiden pada PAU 2022 tetapi di saat akhir, beliau tidak dibenarkan berucap.

Katanya, ia berkemungkinan kerana Muhammad Iman Irfan dilihat sebagai seorang pengkritik Presiden UMNO melalui beberapa hantaran di media sosial beliau sebelum ini.

“Muhammad Iman Irfan ditulisan beliau di Facebook, menjelaskan bahawa PAU 2022 yang berakhir pada 14 Januari lalu, disusun untuk menyelamatkan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

“Saya sebagai bekas Presiden Kelab UMNO United Kingdom dan Eire pada 1986 dan berdamping dengan pelajar Kelab UMNO Luar Negara selama lebih daripada 25 tahun, amat dukacita melihat perkembangan ini.

“Amat membimbangkan apabila anak-anak muda, terutamanya pelajar Malaysia di luar negara yang ingin mendekati dan bersama UMNO, kini menjauhkan diri kerana melihat demokrasi semakin mati di dalam parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Muhamad Iman Irfan menerusi ciapannya di Twitter kelmarin mendedahkan, beliau tidak dibenarkan berucap pada PAU 2022 walaupun namanya sudah dicatatkan dalam senarai pembahas, sebagai wakil Kelab UMNO Luar Negara.

Berdasarkan ciapan itu, beliau berkongsi paparan tangkap layar senarai beberapa pembahas yang turut tertera namanya.

Menurutnya, ia dipercayai ditetapkan pihak kepimpinan tinggi UMNO susulan beberapa ciapannya sebelum ini yang 'menghentam' Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Halangan itu juga, dakwanya, dipercayai sebagai strategi untuk menyelamatkan presiden dan timbalan presiden parti berkenaan.

“PAU 2022 yang telah disusun untuk menyelamatkan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden UMNO.

“Saya sendiri telah disingkirkan menjadi pembahas ucapan dasar presiden walaupun nama sudah dalam senarai kerana katanya ‘tweet-tweet’ saya yang menghentam Presiden (sebelumnya),” ciapnya.

Selain itu, Noh berkata, bukan sahaja jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dibenarkan ditandingi, malah pembahas seperti Muhammad Iman Irfan yang pulang jauh dari United Kingdom, disingkirkan dan ‘dibuang’ daripada berucap di PAU 2022 atas dasar kebimbangan kepimpinan tertinggi UMNO berdepan kritikan.

“Ini jelas memperlihatkan bahawa bukan sahaja ‘demokrasi sudah mati’, tetapi freedom of speech (kebebasan bersuara) juga mati di dalam UMNO,” katanya.

Noh berkata, disebabkan tiada lagi demokrasi dan kebebasan bersuara dalam UMNO, beliau memilih untuk duduk serta tidak menyokong ketika usul jawatan presiden dan timbalan presiden diundi untuk tidak dipertandingkan.

“Ini adalah kerana saya mahukan demokrasi subur di dalam UMNO,” katanya.

Noh Omar berkata, bukan sahaja jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dibenarkan ditandingi, malah pembahas seperti Muhammad Iman Irfan yang pulang jauh dari United Kingdom, disingkirkan dan ‘dibuang’ daripada berucap di PAU 2022 - Gambar oleh Azim Rahman
Noh Omar berkata, bukan sahaja jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dibenarkan ditandingi, malah pembahas seperti Muhammad Iman Irfan yang pulang jauh dari United Kingdom, disingkirkan dan ‘dibuang’ daripada berucap di PAU 2022 - Gambar oleh Azim Rahman

Pada masa sama, Noh yang juga mantan Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, beliau amat bimbang sekiranya demokrasi di dalam parti tidak dipertahankan, sehingga mungkin menyaksikan hanya saluran satu dan dua akan mengundi UMNO-BN (Barisan Nasional) pada pilihan raya umum seterusnya serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor nanti.

Tegasnya, bagi saluran empat dan lima, beliau khuatir anak muda tidak memberikan undi kepada BN dan UMNO, selain menjauhkan diri daripada parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Noh berkata, menerusi pengalamannya, beliau sebagai Presiden Kelab UMNO United Kingdom dan Eire pada tahun 1987 pulang ke tanah air dan dipilih sebagai jurucakap di PAU tahun 1987, ketika Tengku Razaleigh menentang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO.

Ketika itu, katanya, berlaku krisis UMNO pada 1987, sehingga mengakibatkan pemilihan tahun berkenaan sangat tegang dengan keadaan semua calon menggunakan jentera yang mereka ada, sama ada parti atau jawatan dalam kerajaan, bagi memastikan kemenangan.

Menurutnya, ketika itu terbentuk Team A, iaitu kumpulan disertai Tun Mahathir dan Tun Ghafar Baba serta Team B (Ku Li, Tun Musa Hitam dan Tun Abdullah).

“Walaupun pada masa itu, saya dilihat sebagai pemimpin pelajar Malaysia dari luar negara yang menyokong Pak Lah (Tun Abdullah) kerana beliau ketika itu Menteri Pelajaran (1984-1986), UMNO tidak menghalang saya berucap di PAU.

“Kerana semangat demokrasi dan kebebasan bersuara pada PAU 1987 tersebut, saya kekal menyokong serta setia kepada UMNO sehingga hari ini,” katanya.

Mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu menegaskan, beliau amat bimbang apabila pindaan Perlembagaan dilakukan agar pemilihan parti berkenaan diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum, dengan alasan agar ia tidak berpecah.

“Akhirnya UMNO tinggal 26 kerusi Parlimen.

“Sekarang UMNO bakal berhadapan dengan PRN di enam negeri. Alasan sama digunakan, iaitu mengelakkan perpecahan dalam parti.

“Saya amat bimbang pengundi di enam negeri ini akan menolak calon daripada UMNO,” katanya. – Getaran, 17 Januari 2023

Sorotan

1

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

2

Nur Shazrin Mungkin 'Lupakan' Paris 2024

3

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

5

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

6

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Disyorkan untuk anda

Sukan 5 jam yang lalu

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Semasa 1 hari yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Mahu Buka Kasino Di Forest City, Berjaya Corporation Buat Laporan Polis

oleh Fida Ruzki