web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin Baharu Terajui Parti Etnik Kadazandusun, Murut Di Sabah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2023 8:58AM

PBRS pula melangkau generasi berikutan peletakan jawatan Tan Sri Joseph Kurup. Beliau menyerahkan jawatan itu kepada anaknya Arthur - Gambar Facbook Arthur Joseph Kurup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Angin perubahan kepimpinan bertiup ke seluruh parti bersejarah Sabah yang mewakili orang asal di negeri itu.

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kini diketuai oleh Datuk Arthur Joseph Kurup manakala Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) diterajui, Datuk Ewon Benedick.

Sementara itu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Maximus Ongkili mencadangkan tempoh jawatannya sebagai presiden dipendekkan kepada 18 bulan.

Ongkili masih mempunyai lebih dua tahun sebelum penggalnya sebagai presiden berakhir.

PBRS, UPKO dan PBS dikenali sebagai parti yang mewakili kumpulan politik Kadazandusun dan Murut (KDM), sebelum matlamat politik mereka dikaji semula untuk penyertaan kaum lain.

Pemergian Datuk Wilfred Madius Tangau (UPKO) dan Ongkili (PBS) akan menandakan berakhirnya pemimpin generasi kedua parti itu.

Tangau dan Ongkili ialah presiden kedua-dua parti itu selepas menggantikan pendahulu mereka Tan Sri Bernard Dompok (pengasas UPKO) dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (pengasas PBS).

PBRS pula melangkau generasi berikutan peletakan jawatan Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau menyerahkan jawatan itu kepada anaknya Arthur.

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kini diterajui Datuk Ewon Benedick - Gambar ihsan Ewon Benedick
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kini diterajui Datuk Ewon Benedick - Gambar ihsan Ewon Benedick

Bagaimanapun, ketiga-tiga parti mempunyai persamaan, dengan UPKO dan PBRS adalah parti  serpihan PBS.

Pemimpin asal UPKO dan PBRS adalah pembelot dari PBS.

Satu lagi parti serpihan PBS ialah Parti Progresif Sabah.

Parti serpihan itu ditubuhkan sebelum dan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun 1994.

Peralihan kepemimpinan dalam parti ini juga menandakan pemimpin baru dan muda keluar dan mengambil alih.

Menurut pemerhati politik Sabah, Lee Kuok Tiung, situasi ini adalah perubahan positif dalam landskap politik negeri itu.

"Ini baik. Tidak bagus pemimpin kekal lebih masa. Peluang itu juga harus diberikan kepada generasi baharu untuk tampil dan mengambil alih,” katanya.

Presiden baharu UPKO, (Benedick) dan PBRS (Arthur) berusia 40 tahun pada tahun ini.

Benedick ialah Ahli Parlimen Penampang manakala Arthur pula Ahli Parlimen Pensiangan.

Dalam kes PBS, calon yang bakal menggantikan Ongkili ialah timbalannya, Datuk Seri Joachim Gunsalam (kuota KDM), Datuk Jahid Jahim (Islam) dan Datuk Seri Dr Yee Moh Chai (Cina).

Joachim berusia 65 tahun manakala Jahid, 64, dan Yee, 68.

PBS kekal sebagai parti tertua di Sabah, wujud sejak 38 tahun lalu. – The Vibes, 16 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad