web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persediaan PH-BN Hadapi PRN, 2 Perkara Bakal Berlaku - BERSATU

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 4:23PM

Wan Saiful berkata karakter PN perlu dibunuh kerana parti berkenaan adalah pesaing terbesar PH dan BN. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua perkara dijangka berlaku secara selari dalam tempoh terdekat iaitu pembunuhan karakter Perikatan Nasional (PN) dan penyucian imej ‘kluster mahkamah’.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, kesemua usaha tersebut didakwa menjadi keutamaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) terutama sebagai persediaan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Menurut Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, karakter PN perlu dibunuh kerana parti berkenaan adalah pesaing terbesar PH dan BN.

“BN telah pun kalah teruk dengan PN. Tapi PH memerlukan BN untuk menarik sokongan Melayu. Maka PH-BN akan bekerjasama untuk menghasut dan membentuk persepsi rakyat seolah-olah PN itu rosak dan korup,” katanya hari ini.

Wan Saiful berkata, sasaran utama PH-BN adalah keperibadian Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan pemimpin kanan dalam PN. 

Jelasnya, ini kerana populariti dan keyakinan rakyat terhadap PN dan Tan Sri Muhyiddin dikatakan terus kekal tinggi hingga ke hari ini. 

“Rakyat mengetahui bahawa jika dibandingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan orang-orang mereka dengan Muhyiddin dan pemimpin di sekeliling Muhyiddin, perbezaannya adalah seperti langit dan bumi,” dakwanya.

Dakwa Wan Saiful lagi, PH-BN akan berbuat apa saja untuk merosakkan kredibiliti Muhyiddin dan barisan pemimpin PN.

“Pembunuhan karakter ini tidak perlu hingga ranap sepenuhnya. Jika mereka boleh menghasut rakyat mengatakan Muhyiddin dan pemimpin PN sama sahaja dengan PH-BN, itu pun mereka akan anggap sudah berjaya. Mereka sudah berjaya jika rakyat mempersoalkan PN.

“Penyucian imej kluster mahkamah pula akan mereka lakukan segera kerana mereka mahu mempengaruhi persepsi rakyat dalam menghadapi PRN di enam negeri. Matlamat mereka sudah pasti untuk membersihkan seorang demi seorang kluster mahkamah terutamanya Zahid Hamidi dan membebaskan mereka dari imej tersebut,” katanya.

Wan Saiful turut meluahkan kebimbangan apabila membaca pendedahan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengenai cubaan menakut-nakutkan atau memberi tekanan terhadap hakim pada tahun lepas.

Ujarnya, beliau menyokong pandangan Ketua Hakim Negara bahawa percubaan yang dilakukan tahun lepas adalah penghinaan terhadap kedaulatan undang-undang dan kebebasan kehakiman.

“Kita mesti pertahankan integriti institusi perundangan daripada salah laku serangan seperti yang berlaku tahun lepas.

“Kita semua tahu siapa memimpin kerajaan tahun lepas,” katanya.

Wan Saiful mendakwa, rakyat perlu ingat bahawa Anwar dan Ahmad Zahid masing-masing mempunyai rekod penyalahgunaan kuasa.

“Kes Ahmad Zahid semua orang tahu. Tapi ramai yang terlupa bahawa Anwar pernah dipenjara kerana bersalah memaksa agensi penguatkuasaan undang-undang bertindak untuk kepentingan dia sendiri.

“Anwar telah menjalani hukuman penjara atas kesalahan ini. Dia bersalah (lakukan) salah guna kuasa untuk kepentingan diri,” katanya.

Beliau berkata, sekarang Anwar dan Ahmad Zahid bergabung pula memegang dua jawatan tertinggi negara dan ia satu perkembangan yang membimbangkan.

“Adakah kita boleh percaya mereka tidak akan mempergunakan agensi penguat kuasa untuk menyiasat dan menekan, dengan tujuan membunuh karakter Muhyiddin dan pemimpin PN, serta untuk membersihkan imej kluster mahkamah?

“Kita tahu agensi perundangan kita bekerja dengan ikhlas dan mereka mahu bebas bekerja. Tetapi gabungan Anwar-Ahmad Zahid memang ada rekod yang jelas mempergunakan segala-galanya untuk kepentingan peribadi,” dakwanya. - Getaran, 15 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad