web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bagi Peluang Untuk Kepimpinan UMNO Baiki Kelemahan Parti - Tok Mat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 9:31PM

Mohamad berkata, kepemimpinan parti itu kini memberi keutamaan bagi memastikan survival parti. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli UMNO perlu memberikan peluang untuk kepemimpinannya meneroka dinamik politik semasa dan memperbaiki kelemahan parti itu selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November tahun lalu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kepemimpinan parti itu kini memberi keutamaan bagi memastikan survival parti, agar lebih bersedia menghadapi PRU-16.

 “Bagi peluang untuk kita (kepimpinan UMNO) uruskan parti, mengorak langkah perlahan-lahan selepas kita kalah pada pilihan raya umum baru-baru ini, agar pucuk pimpinan parti dapat memulakan usaha untuk menghadapi PRU-16,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Putra (WTC) di sini, hari ini.

Mohamad berkata, langkah baik pulih dan persediaan itu juga penting dalam situasi UMNO yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan.

“Kita akan hadapi enam PRN dan selaku Pengarah Pilihan Raya, saya akan bersama-sama rakan-rakan serta dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baru-baru ini, Presiden melantik Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk membantu pengurusan operasi ‘war room’ dan bilik gerakan UMNO.

“Kita sudah bincang sepintas lalu dengan Reezal Merican macam mana cara untuk urus lebih baik, baiki apa juga isu timbul semasa hadapi PRN, khususnya mengenai data,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, UMNO akan memanfaatkan sistem ‘blasting’ untuk menghantar ‘handbill’ elektronik kepada semua pengundi pada PRN.

“Walaupun kita mohon nombor telefon tapi tak dapat, jadi kita ada sistem blasting atau electronic handbill.

“Jadi kita berharap lepas ini kita dapat nombor terbabit dan akan membolehkan jentera kita mengurangkan kerja, tetapi tetap dapat mencapai setiap pengundi dalam kawasan masing-masing,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, meskipun UMNO tidak memperoleh majoriti kerusi sebagai kerajaan apabila hanya mendapat 30 kerusi Parlimen pada PRU-15, ia tetap mendapat ‘rezeki’ daripada Allah apabila mampu menjadi kerajaan menerusi kerjasama dengan beberapa parti di bawah kerajaan perpaduan.

Justeru, katanya, pemimpin UMNO yang berada dalam kerajaan perlu memikul tanggungjawab besar untuk memulihkan keyakinan rakyat, khususnya ahli sendiri terhadap parti itu dengan menunjukkan prestasi terbaik.

Ujarnya, usaha itu perlu dilakukan secara bersama membabitkan semua ahli parti, termasuk di peringkat akar umbi.

“Di atas bahu saya terpikul tanggungjawab dan kita tahu, kawasan yang dulu sebagai ‘fix deposit’ dalam PRU-14, tetapi ia musnah pada PRU-15,” katanya.

Sementara itu, Mohamad mengakui beliau bertuah apabila Parlimen ditandinginya pada PRU-15 menerima undi besar daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walaupun UMNO tewas di kebanyakan kawasan.

“Saya bertuah kawasan saya, undi pihak tentera saya dapat besar sekali, ini tanggungjawab saya. Sakit berpunca mati bersebab. Apa puncanya, apa sebabnya.

“Kawasan ada kem tentera akan saya lawati. Baliklah ke kawasan kita, bina semula tembok kita yang pecah, mari pungut balik batu bersepah berderai.

“Bina semula benteng agar (parti) dapat bina benteng baharu supaya UMNO baharu dapat dibina pada PRU-16,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan