web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usul Lulus: Zahid, Tok Mat Tak Akan Dicabar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 8:12PM

Kedudukan Mohamad (kiri) dan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Presiden dan Presiden UMNO tidak akan dicabar. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usul tambahan supaya tiada pertandingan diadakan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang, diluluskan petang ini, selepas lebih 90 peratus daripada perwakilan parti itu mengundi dengan menyokong perkara terbabit.

Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, proses undian usul itu dilakukan dengan melihat kepada jumlah perwakilan yang berdiri dan mengangkat tangan, sama ada menyokong atau sebaliknya.

Katanya, ketika arahan dikeluarkan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin supaya perwakilan menunjukkan pilihan masing-masing, hanya beberapa orang sahaja tidak mengatakan sokongan, manakala lebih daripada 90 peratus memberi sokongan terbuka.

“Perwakilan membuat keputusan supaya tiada pertandingan Presiden, Timbalan Presiden diadakan pada tahun ini, kerana kita sedar bahawa selepas sahaja kita tewas dengan begitu besar pada PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) dan (dalam) masa terdekat, iaitu lima hingga enam bulan ini, kita akan menghadapi PRN (Pilihan Raya Negeri).

“Kita merasakan bahawa kita tak mahu berlakunya perpecahan serta persengketaan sesama sendiri dalam menghadapi PRN ini.

“Jadi dengan keputusan ini, saya mengharapkan bahawa ia membawa satu erti baru, iaitu kita perlu bersatu walaupun dengan kekalahan (bagi) melihat UMNO bangkit kembali dari segi menyuburkan penyatuan antara kita untuk menumpukan sokongan kepada enam negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Ahmad Said berkata, kepemimpinan parti sebelum ini ada memberikan pandangan supaya tiada pertandingan diadakan untuk dua jawatan tertinggi itu bagi memastikan parti tidak berpecah dan tidak terkesan untuk bersaing di enam negeri.

Namun ketika itu, katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan terbabit dengan mengatakan beliau bersedia dicabar untuk menyuburkan demokrasi dalam parti, justeru ia tidak dibawa sebagai antara usul dibahaskan pada PAU 2022.

Bagaimanapun, beliau berkata, usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dibawa perwakilan Negeri Sembilan secara mengejut sebagai usul tambahan, jadi ia menimbulkan polemik apabila ada golongan mendakwa seolah-olah UMNO mematikan demokrasi dalam parti itu.

“Tetapi saya menafikan sebagai Exco Perhubungan UMNO, ini tidak pernah berlaku, tetapi Alhamdulillah nampaknya perwakilan parti sayangkan parti. Kita lihat hari ini bahawa usul dibawa perwakilan itu, walaupun ada pandangan berbeza, akhirnya tuan-tuan saksi sendiri bagaimana lebih daripada 90 peratus beri sokongan terhadap usul ini.

“Ini sudah tentu menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa adanya demokrasi terpimpin dalam UMNO untuk menentukan hala tuju parti bahawa Ahmad Zahid dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menentukan hala tuju parti dan terpaksa diikuti kepimpinan di peringkat bawah serta sebagainya,” katanya.

Menjawab persoalan sama ada usul tambahan supaya kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan melanggar Perlembagaan UMNO seperti didakwa beberapa pihak termasuk UMNO Johor, beliau menegaskan ia tidak menyalahi perkara berkenaan, malah penting diluluskan kerana parti akan berdepan PRN dalam keadaan berpecah sekiranya ia tetap dipertanding.

Tegasnya, pemilihan dua jawatan itu jika diadakan bukan sahaja berisiko mencetuskan ‘pergaduhan’ dalaman UMNO dan menyebabkan parti tidak fokus terhadap PRN di enam negeri, malah ada golongan akan ‘merajuk’ serta menikam belakang parti, seterusnya merosakkan penyatuan.

Sementara itu, mengulas dakwaan mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa parti itu ‘mengimport’ perwakilan bagi meluluskan usul terbabit, Ahmad Said berkata, ia tidak benar dan sengaja direka bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap UMNO.

“Delegate import itu kita ada kad dan pegawai semua jaga (di pintu masuk) dan siapa tak ada kad tak boleh masuk.

“(Jadi) Ini dakwaan yang kata orang sengaja diada-adakan,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 2 minggu yang lalu

Sokong Bubar DUN Negeri Sembilan, PRN Johor Mungkin Dalam Masa Terdekat - Tok Mat

3

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 19 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad