web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Dedah Video Perwakilan ‘Import’, Dakwa Diberi Taklimat Sebelum Masuki Dewan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 5:59PM

Tangkap layar dari video media sosial Khairy Jamaluddin menunjukkan sekumpulan individu berbaju Melayu diberi taklimat dalam sebuah bilik khas di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendedahkan video perwakilan ‘import’ yang didakwanya cuba dibawa masuk ke Dewan Merdeka, bagi menyokong usul jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini.

Video yang dikongsi di Instagram beliau menunjukkan sekumpulan individu berbaju Melayu diberi taklimat dalam sebuah bilik khas di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Khairy turut menulis kapsyen ‘perwakilan import diberi taklimat sebelum masuk Dewan Merdeka untuk menyokong usul ‘no contest’ (tiada pertandingan) dalam video itu.

Dalam video itu, jelas kedengaran beberapa perwakilan bertanyakan mengenai kata laluan (password) selain terdapat individu yang menunjukkan arah ke Dewan Merdeka.

Terdahulu, Khairy mendakwa wujud gerakan ‘Langkah Dewan Merdeka’ untuk meluluskan usul tambahan dikemukakan perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan

Menurut beliau, tag yang ditampal pada kerusi dikhaskan untuk perwakilan bahagian di Dewan Merdeka sudah ditanggalkan sebagai usaha membawa masuk perwakilan ‘import’ untuk meluluskan usul tersebut.

“Jadi petang ini akan ada undian untuk usul dan saya difahamkan akan dibulldoze (dihalang).

“Malah beberapa tag di kerusi Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan bahagian dicabut dan ditanggalkan supaya perwakilan import boleh dibawa masuk untuk bersorak dan meluluskan usul itu,” katanya.

Sementara itu,  Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan wujud gerakan ‘Langkah Dewan Merdeka’ seperti yang didakwa Khairy.

Sebaliknya, Jamal berkata, tag yang didakwa Khairy ditanggalkan dari kerusi khas perwakilan bahagian di Dewan Merdeka dilakukan kuncu mantan Menteri Kesihatan itu.

“Tidak benar ada perwakilan diimport kerana kami ketua bahagian UMNO kenal setiap perwakilan yang hadir. Ketiadaan tag seperti didakwa Khairy juga dilihat dilakukan oleh kumpulannya sendiri.

“Sebelum dakwaan itu dibuat, kami langsung tidak perasan kerana sudah tahu, macam saya Sungai Besar di mana kedudukannya sebelum masuk ke dewan.

“Dakwaan Khairy meyakinkan saya mungkin semasa waktu rehat tengah hari tadi, (tag itu dicabut) dilakukan oleh kuncunya semalam sebab perbuatan ‘boo’ perwakilan juga dilakukan oleh orang upahannya,” katanya.

Malah menurut beliau, penyokong yang melaungkan sorakan ‘boo’ ketika usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan didakwa dibayar oleh Khairy.

Katanya lagi, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan penyokong tersebut dan mengakui dibayar sebanyak RM300 untuk berbuat demikian. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad