web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Gerakan ‘Langkah Dewan Merdeka’ Luluskan Usul Jawatan Tertinggi Tidak Dipertandingkan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 4:19PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa wujud gerakan ‘Langkah Dewan Merdeka’ untuk meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Menurut beliau, tag yang ditampal pada kerusi dikhaskan untuk perwakilan bahagian di Dewan Merdeka sudah ditanggalkan sebagai usaha membawa masuk perwakilan import untuk meluluskan usul tersebut.

“Jadi petang ini akan ada undian untuk usul dan saya difahamkan akan dibulldoze (dihalang).

“Malah beberapa tag di kerusi Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan bahagian dicabut dan ditanggalkan supaya perwakilan import boleh dibawa masuk untuk bersorak dan meluluskan usul itu,” katanya menerusi video yang dikongsi di TikTok miliknya, hari ini.

Pada masa sama, Khairy berkata, usul tambahan itu agak pelik apabila ia dikemukakan wakil dari Rembau yang mana Ketua Bahagiannya adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Saya nampak agak pelik Rembau bawa penambahan usul ini sebab Timbalan Presiden adalah Ketua UMNO Bahagian Rembau.

“Kalau nak bawa usul penambahan pun coverlah (selindungi) sikit. What happen to you (apa jadi dengan kamu) Mat (Mohamad) Hasan?” soalnya.

Susulan itu, beliau merayu kepada perwakilan di dalam Dewan Merdeka agar tidak membiarkan usul tersebut diluluskan, sebaliknya memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih pucuk pimpinan parti.

Malah Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan turut menyangkal dakwaan bahawa pemilihan dua jawatan tertinggi itu akan membawa perpecahan di dalam UMNO.

“Naratif yang menyatakan pemilihan membawa kepada perpecahan adalah tidak benar sama sekali. Kita tinggal 26 kerusi Parlimen UMNO. Ini adalah prestasi terburuk dalam sejarah parti kita.

“Jadi sangat penting perwakilan dalam UMNO, jangan melakukan ‘Langkah Dewan Merdeka’ untuk membunuh demokrasi dan menidakkan kuasa perwakilan.

“Biarlah akar umbi menentukan masa depan UMNO untuk memilih siapa yang boleh dan layak menerajui parti,” katanya.

Semalam, perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin mencadangkan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan sebelum Dewan Merdeka gamat dengan sahutan berbelah bahagi antara laungan ‘sokong’ dan ‘boo’ oleh perwakilan.

Usul tersebut turut ditolak UMNO Wilayah Persekutuan dan UMNO Johor serta disifatkan sebagai tidak sempurna dan pelik.

Perwakilan Johor merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad berkata, usul tambahan itu tidak selari dengan Fasal 30, Buku Perlembagaan UMNO dan Perkara 10, Peraturan Persidangan, selain perlu dimurnikan mengikut Perlembagaan serta peraturan mesyuarat.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique berkata, usul tambahan itu dibuat secara tidak betul oleh Mohd Shukri, semalam.

Malah katanya, pimpinan UMNO perlu menyedari isu itu boleh mempengaruhi sokongan pengundi Melayu kepada parti. - Getaran, 14 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad