web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gelombang PAS Hanyalah Seperti Kocak Air Dalam Cawan - Rafizi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 3:06PM

Rafizi berucap di Konvensyen PKR di Shah Alam hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan gelombang dibawa Perikatan Nasional (PN) terutamanya PAS selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanyalah ‘kocak air dalam cawan yang kecil’.

Justeru, beliau mengingatkan jentera PKR dan Pakatan Harapan (PH) di Selangor untuk tidak bimbang kerana pihaknya tahu bagaimana untuk mempertahankan negeri tersebut daripada dirampas musuh.

Menurut beliau, berdasarkan pengalamannya, PAS memiliki tahap keyakinan diri yang amat tinggi walaupun hakikatnya kekuatan sebenar mereka tidak seberapa.

“Pengalaman saya sendiri di (Parlimen) Pandan dan sama seperti yang kita tengok di media sosial sekarang, orang PAS ini confident level dia mengalahkan Perancis main bola. Dia punya kekuatan skill tak seberapa tapi confident level dia kalau tengok dekat media sosial tiap-tiap hari gaya mereka seperti akan ambil alih Malaysia.

“Jadi saya faham perasaan kawan-kawan sebab tengok ada gelombang yang berlaku di utara, jadi saya faham kalau saudara saudari rasa bimbang keadaan di Selangor.

“Cuma saya nak bagi pendapat peribadi saya, bahawa saya rasa Insya Allah akan kita mempertahankan Selangor dengan bergaya dan kita akan mengejutkan juga PN sebabnya kita tahu bagaimana untuk menangani kemarahan rakyat, kita tahu macam mana untuk kita mempertahankan Selangor,” katanya pada Konvensyen PKR di Shah Alam hari ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, sejarah membuktikan bahawa PH berjaya mempertahankan kerajaan Selangor selama tiga penggal, walaupun ketika itu di peringkat Persekutuan mereka adalah pembangkang.

“Tahun 2018, ketika PAS dan UMNO begitu yakin merampas Selangor, kita menang besar.

“Sebab itu gelombang yang PAS rasa sedang mereka bawa ke Selangor ini bagi saya hanyalah kocak air dalam cawan yang kecil,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya tahu bagaimana untuk mempertahankan kerajaan Selangor dengan beberapa langkah yang sudah biasa dilakukan oleh PKR.

Pada masa sama, beliau mengingatkan PKR supaya tidak bergantung kepada jentera kerajaan kerana tindakan tersebut akibat mengakibatkan mereka menanggung kekalahan pada pilihan raya.

“Satu-satu parti yang menang pilihan raya kemudian kalah sebabnya apabila dia dari pembangkang jadi kerajaan, dia lupa (bagaimana) jadi pembangkang.

“Maksudnya jika sebelum ini kita biasa bergerak dengan sumber sendiri tanpa bantuan jentera kerajaan, lagi kita lupa dan bergantung kepada jentera kerajaan baik di negeri atau di Persekutuan lagi mudah untuk kita kalah,” katanya.

Justeru, beliau meminta semua ahli PKR untuk terus berkempen dengan cara sebagai pembangkang seperti dahulu.

“Walaupun sekarang Perdana Menteri PKR, walaupun sekarang PKR ada paling banyak menteri kabinet, cara kita berkempen dan berinteraksi dengan rakyat mestilah kekal seperti mana kita pembangkang dahulu,” katanya. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan