web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Kalah Teruk, Asyraf Wajdi Tak Pertahan Jawatan Ketua Pemuda UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2023 8:07PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu yang dijangka dilaksanakan Mac tahun ini - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu yang dijangka dilaksanakan Mac tahun ini.

Beliau berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 19 November lalu, sejurus Barisan Nasional (BN) disahkan mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

“Terus terang saya kata, malam kita kalah saya terus ke bilik presiden di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) pun ada ketika itu. Saya kata saya nak ambil tanggungjawab kerana orang muda tak sokong kita.

“Penilaian awal saluran muda, semuanya kita kalah…di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Perak hanya tinggal dua kerusi sahaja. Kita melihat gelombang anak muda tolak dan kerana saya sebagai Ketua Pemuda UMNO, saya kena ambil tanggungjawab meletakkan jawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO hari ini.

Asyraf menegaskan tindakan tidak mempertahankan jawatan berkenaan bertujuan memberi peluang kepada muka baharu untuk menerajui Pemuda UMNO, sekali gus memberi pembaharuan kepada parti bagi membolehkan ia kembali menjana kepercayaan ramai.

Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada barisan kepimpinan Pemuda UMNO atas kekhilafan serta kegagalan untuk memastikan sayap parti itu kembali bangkit dalam merangkul serta memenangi hati rakyat.

“Saya boleh menyatakan secara terus terang saya ambil tanggungjawab seperti mana Shahril Hamdan (Naib Ketua Pemuda UMNO). Saya mohon maaf atas kekhilafan memimpin anda semua dan saya cuba yang terbaik bagi memastikan kita bangkit kembali.

“Saya ambil tanggungjawab ini untuk pastikan bahtera kita adalah pemuda yang sama menyaksikan dan merasai susah payah dalam perjuangan. Ia boleh dianggap unik dan merupakan aturan Allah. Kita kena ikhlas, jujur dan tidak mengharapkan reda manusia,” katanya.

Asyraf menambah, pengunduran dibuat bagi membolehkan sayap terbabit merencana langkah dan idea baharu untuk bangkit selepas parti tewas dalam dua PRU.

"Tetapi satu perkara yang saya minta, tolonglah... Kita adalah Pemuda yang sama-sama menyaksikan dan merasai susah payah dalam perjuangan kita.

"Saya selalu sebutkan, kita adalah generasi Pemuda yang unik. Kita tak pernah bandingkan generasi kita dengan mana-mana generasi. Tiada sesiapa pun pernah melalui zaman jadi pembangkang 22 bulan, zaman jadi kerajaan campuran dan hari ini masih menjadi sebahagian kerajaan perpaduan. Ini satu pengalaman yang unik," katanya.

Pada pemilihan UMNO 2018, Asyraf yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memenangi jawatan berkenaan selepas mengalahkan tiga lagi pencabar iaitu Datuk Khairul Azwan Harun, Datuk Shahar Abdullah dan Datuk Seri Jamal Yunus. - Getaran, 12 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad