web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahdzir Nafi Khabar Angin Langkah London, ‘Saya Sudah Setuju Keputusan Parti…”

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 5:49PM

Mahdzir Khalid menyangkal dakwaan terlibat dalam ‘Langkah London’, iaitu komplot yang kononnya dirancang untuk menggulingkan kerajaan perpaduan - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyangkal dakwaan terlibat dalam ‘Langkah London’, iaitu komplot yang kononnya dirancang untuk menggulingkan kerajaan perpaduan.

Sambil mengesahkan beliau berada di London baru-baru ini, mantan Ahli Parlimen Padang Terap itu menafikan bertemu dengan beberapa pemimpin UMNO lain untuk berbincang bagi menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai seseorang yang memegang jawatan kanan (dalam UMNO), saya terlibat dalam mesyuarat yang diadakan untuk menentukan sama ada kita patut menyertai kerajaan perpaduan.

“Saya sudah bersetuju dengan keputusan parti (untuk membentuk kerajaan perpaduan). Kenapa sesetengah orang cuba melibatkan nama saya dalam Langkah London?” soalnya.

Mahdzir yang juga mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian semasa sesi temu bual pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di sini, hari ini.

Beliau juga memberi bayangan bahawa khabar angin tersebut tidak mengganggunya dengan berkata: “Ke mana sahaja saya pergi, terdapat perbincangan mengenai sesuatu langkah.”

“London juga terlalu jauh untuk satu langkah (berlaku), berbanding dengan Langkah Kajang,” katanya dalam nada berseloroh sambil merujuk kepada plot 2014 yang menyaksikan PKR cuba menggantikan Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.

Terdahulu, spekulasi bertiup kencang mengenai pertemuan dua Naib Presiden UMNO di London untuk merancang komplot bagi menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Malah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO turut menafikan khabar angin itu dengan menegaskan, beliau sedang bercuti bersama keluarganya di Emiriah Arab Bersatu apabila langkah tersebut kononnya berlaku.

Sementara itu, Mahdzir memberi jaminan kepada rakyat bahawa "tiada apa yang perlu dirisaukan" berhubung kestabilan kerajaan perpaduan, selagi mereka tetap memegang janji kepada rakyat.

“Rakyat mahukan dasar yang baik dan kerajaan mesti menunaikan apa yang dijanjikan.

“Jika semuanya berjalan mengikut perancangan, tidak perlu risau... tiada apa yang boleh mengganggu (kerajaan perpaduan),” katanya. – The Vibes, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh, Bukan Dipukul - Pakar Patologi

2

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar