web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jendela PAU 2022 Dibuka Malam Ini, Ketengah Pelbagai Isu ‘Baik Buruk’ Parti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 4:06PM

PAU 2022 akan membuka tirai hari pertama dengan perasmian persidangan sayapnya, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pada kira-kira jam 9 malam ini - Gambar Fail

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas ditunda Disember lalu, Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) membuka gelanggangnya bermula malam ini hingga 14 Januari nanti, sebagai medan perbincangan dan perutusan demi kebaikan serta kelangsungan parti keramat itu.

Pelbagai agenda direncana sempena acara empat hari bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini itu, dengan tumpuan utama perwakilan, ahli dan pemerhati adalah pada Jumaat ini bagi mendengar ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta mengikuti Persidangan Perhimpunan Agung Khas UMNO (Pindaan Perlembagaan).

Kandungan utama perhimpunan agung khas itu adalah meminda Fasal 20.11 di bawah perlembagaan parti berkenaan supaya selari dengan Akta Antilompat Parti.

Pindaan itu adalah bagi membolehkan ia disesuaikan dengan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang menyebut seseorang ahli mencapai kemenangan ketika bertanding, namun bertindak meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon Bebas atau parti lawan pada pilihan raya, akan gugur keahliannya dengan sendiri.

Perhimpunan agung khas itu juga dikhabarkan akan meminda Fasal 8.4 bagi membolehkan pertambahan ketua penerangan bahagian secara automatik sebagai perwakilan PAU setiap tahun.

Ia juga membabitkan pertambahan secara automatik untuk Ketua Penerangan Wanita, Pemuda dan Puteri menjadi perwakilan perhimpunan agung bagi sayap masing-masing.

PAU 2022 akan membuka tirai hari pertama dengan perasmian persidangan sayapnya, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pada kira-kira jam 9 malam ini, disusuli ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tirai hari kedua akan dibuka seawal jam 8 pagi dengan beberapa acara, seperti ucapan aluan setiausaha pergerakan pemuda, pesanan pengerusi tetap, pembentangan peringatan persidangan perhimpunan agung pergerakan pemuda UMNO 2021 serta membentang dan membahaskan usul.

Dua hari terakhir turut menyaksikan tentatif pembentangan dan perbahasan usul.

Seramai 5,523 perwakilan dianggarkan menghadiri PAU 2022, iaitu 2,648 di perhimpunan utama, Wanita (950), Pemuda (967) dan Puteri (958).

Sejumlah 68 agensi media cetak dan elektronik turut mendaftar bagi membuat liputan di PAU 2022, iaitu masing-masing 50 agensi tempatan dan 18 agensi antarabangsa, melibatkan jumlah keseluruhan 517 petugas.

Terdahulu, PAU 2022 yang dijadual diadakan pada 21 hingga 24 Disember tahun lalu, ditangguhkan ke bulan ini, memandangkan tarikh tersebut bersamaan dengan cuti persekolahan dan ramai perwakilan sudah merancang percutian masing-masing.

Malah, tempoh itu juga tidak sesuai ekoran negara dilanda musim tengkujuh sehingga menyebabkan beberapa negeri mengalami banjir teruk.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, PAU2022 tidak akan memutuskan tarikh bagi pemilihan parti yang mesti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, ia akan diputuskan beberapa minggu lagi kerana parti itu masih mempunyai masa bagi mengadakan pemilihan sebelum 19 Mei depan.

Selain itu, beliau berkata, perhimpunan terbabit akan menumpukan kepada tiga perkara lain, termasuk menetapkan hala tuju parti selepas PRU-15.

Medan itu juga katanya, akan ditumpukan untuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Jelasnya, UMNO juga akan melihat semula pencapaian teruk parti pada PRU-15 hingga gagal memperoleh jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Mengulas mengenai isu lain, Ahmad mengesahkan, PAU 2022 tidak akan diserikan dengan kehadiran pemimpin parti lain walaupun mereka sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Ia sekali gus menafikan spekulasi UMNO menjemput pemimpin parti lain untuk menghadiri perhimpunan tersebut.

“Tidak akan ada wakil kerajaan perpaduan (di PAU). Hanya parti yang menjadi sebahagian daripada BN seperti MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah dijemput, bersama enam ‘Rakan BN’.

“Kami mahu menyelesaikan urusan kami dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Duta asing juga tidak dijemput untuk menghadiri perhimpunan ini,” katanya ringkas sebelum melancarkan laman media PAU di WTC, hari ini. – Getaran, 11 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar