web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rauf, Sulaiman Duduk Semeja, Perjelas Isu Jawatan Ketua Menteri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2023 7:05PM

Ab Rauf Yusoh - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Dua karakter utama politik Melaka, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, tampil duduk semeja bagi menjelaskan khabar angin kononnya jawatan ketua menteri bakal bertukar tangan bulan ini.

Berdasarkan beberapa klip video yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Penerangan Barisan Nasional (BN) Masjid Tanah malam tadi, Ab Rauf berkata apa yang dibangkitkan berkaitan isu tersebut tidak lebih satu fitnah oleh individu berkepentingan peribadi.

“Tolong hentikanlah, kerana kami ini sebenarnya memerhatikan tingkah laku dan karakter mereka yang memainkan isu dan menghangatkan suasana kerajaan negeri, yang mana persahabatan kami adalah persahabatan yang sangat baik,” katanya.

Tambah beliau sejak dulu lagi mereka berdua sudah berjanji apa sekali pun terjadi, tidak akan berbohong antara satu sama lain dan ‘angin yang bertiup’ sekarang merupakan fitnah yang amat memalukan negeri yang telah memenangi dua pertiga kepercayaan rakyat.

“Adalah malang apabila muncul tokoh-tokoh yang berkepentingan menabur fitnah dan cuba melagakan hubungan kami berdua termasuklah Datuk Kamarulzaman Jantan (Jawatankuasa UMNO Masjid Tanah).

“Saya minta tolong hentikan kerana hanya ajal dan maut boleh pisahkan kami bertiga ini,” katanya.

Sementara Sulaiman pula menegaskan, fokus utama kini ialah untuk terus memajukan Melaka dan bukannya melayani khabar angin yang tidak berasas serta tidak berkesudahan.

Beliau berkata rakyat tidak perlu bimbang terhadap isu yang ditimbulkan oleh golongan yang sengaja mengganggu gugat keamanan, yang sedang dinikmati ketika ini.

“Kami bertiga berkawan sudah lama dan jangan digembar-gemburkan isu ini lagi dan sebaliknya fokus kepada tugas yang diamanahkan, kerana kesannya nanti adalah berbalik kepada rakyat negeri ini juga,” katanya menerusi klip video yang sama.

Terdahulu media melaporkan Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, menafikan dakwaan kononnya jawatan ketua menteri yang disandangnya akan bertukar tangan kepada Ab Rauf, sekali gus mencetuskan pelbagai khabar angin berkaitan isu tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Melaka Azam Rampas Semula Kerusi DUN Sungai Udang Pada PRU16

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar