web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Menteri Sabah Sahkan Rombakan Kabinet Negeri

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 6:47PM

Hajiji Noor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengesahkan akan berlaku rombakan Kabinet di negeri berkenaan.

Menerusi kenyataan ringkasnya, beliau berkata, butiran lanjut mengenai perkara itu akan didedahkan tidak lama lagi.

Terdahulu hari ini, The Vibes melaporkan pendedahan sumber bahawa Hajiji sedang mempertimbangkan rombakan Kabinet Sabah yang menyaksikan pemimpin Barisan Nasional (BN), mempunyai jawatan menteri.

Ia berlaku selepas BN dan Parti Warisan (WARISAN) didakwa cuba merampas kuasa daripada GRS, tetapi gagal.

The Vibes difahamkan 15 daripada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN menyokong kerjasama dengan 20 ADUN WARISAN.

Pakatan itu nampaknya gagal mendapatkan jumlah diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu bagi menentang 29 ADUN Gerakan Rakyat Sabah, termasuk empat ADUN yang dicalonkan daripada parti itu.

Rombakan itu mungkin menyaksikan pemimpin UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kehilangan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri I Sabah dan Menteri Kerja Raya negeri berkenaan. 

ADUN BN lain yang kini memegang jawatan menteri penuh dalam Kabinet Sabah, termasuk Datuk Jafry Ariffin (Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar), Datuk Shahelmey Yahya (Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat) serta Datuk Yakub Khan (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi). 

Timbalan menteri daripada BN adalah Datuk Jasnih Daya (Kewangan), Datuk James Ratib (Pertanian dan Perikanan), Mohd Tamin Zainal (Pembangunan Perindustrian), Mohamad Hamsan Awang Supain (Kerajaan Tempatan dan Perumahan), Harun Durabi (Pembangunan Luar Bandar) serta Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Belia dan Sukan). 

Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Datuk Christina Liew berkata, kesemua tujuh ADUN daripada parti itu, memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana ‘kerajaan pintu belakang’. 

Pada 4 Januari, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan, Hajiji masih mendapat sokongan majoriti ADUN Sabah untuk kekal sebagai Ketua Menteri. 

Sabah mempunyai 73 kerusi DUN, ditambah tujuh ADUN dilantik, iaitu empat daripada GRS, manakala UMNO (2) dan PAS (1). 

Negeri berkenaan mempunyai dua ADUN Bebas, dua daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan masing-masing seorang daripada Perikatan Nasional (PN), iaitu Harapan Rakyat Sabah serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). - The Vibes, 6 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 20 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini