web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Drama Politik Baharu Sabah Gambarkan Hubungan GRS-BN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 9:31AM

Sumber memberitahu The Vibes bahawa Hajiji sedang mempertimbangkan rombakan Kabinet negeri, di mana pemimpin BN mempunyai jawatan menteri - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Kerjasama ‘rapuh’ antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) terus dapat dilihat, susulan drama politik malam tadi.

Perkara itu berlaku selepas BN dan Parti Warisan (WARISAN) didakwa cuba menukar kepimpinan GRS, tetapi gagal.

Bagaimanapun, episod itu juga mungkin mendedahkan niat politik sebenar BN Sabah, walaupun Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikannya.

GRS dan BN bekerjasama membentuk kerajaan Sabah selepas memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2020.

Kerjasama antara kedua-duan parti itu sentiasa dipersoalkan, berikutan keretakan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan UMNO di peringkat Persekutuan, malah sejak sebelum Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15).

Bagaimanapun, peristiwa semalam menunjukkan tidak semua pemimpin antara dua parti itu, bersikap mesra.

The Vibes difahamkan 15 daripada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN menyokong kerjasama dengan 20 ADUN WARISAN.

Pakatan itu nampaknya gagal mendapatkan jumlah diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu terhadap 29 ADUN GRS, termasuk empat yang dicalonkan daripada parti berkenaan.

Sabah mempunyai 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), ditambah tujuh ADUN dilantik, iaitu empat daripada GRS, UMNO (2) dan PAS (1) - Gambar Bernama
Sabah mempunyai 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), ditambah tujuh ADUN dilantik, iaitu empat daripada GRS, UMNO (2) dan PAS (1) - Gambar Bernama

Sekiranya wujud pakatan WARISAN-BN, ia masih memerlukan sokongan tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, ia akan menyebabkan Sabah berdepan keadaan tidak menentu dengan dua ADUN BN yang menentang WARISAN, berkemungkinan menyokong GRS.

Sabah mempunyai 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), ditambah tujuh ADUN dilantik, iaitu empat daripada GRS, UMNO (2) dan PAS (1).

Negeri berkenaan mempunyai dua ADUN Bebas, dua daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan masing-masing seorang daripada Perikatan Nasional (PN), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) serta BERSATU.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor kini mungkin perlu mempertimbangkan semula kerjasama gabungan itu dengan BN.

Sumber juga memberitahu The Vibes bahawa Hajiji sedang mempertimbangkan rombakan Kabinet negeri, di mana pemimpin BN mempunyai jawatan menteri.

Walaupun krisis politik di Sabah nampaknya gagal, landskap politiknya akan kekal tidak dapat diramalkan. – The Vibes, 6 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad