web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Jawatan Tertinggi UMNO Tidak Dipertandingkan Boleh Beri Mudarat Besar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 11:35AM

Pandak Ahmad berpendapat, parti itu berisiko dilihat biadap sekiranya ia memutuskan untuk menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden daripada dicabar - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Walaupun terdapat merit di sebalik cadangan agar dua jawatan tertinggi dalam UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, persoalannya masih kekal sama ada manfaat akan mengatasi kelemahan.

Setiausaha Kerja UMNO Johor, Datuk Pandak Ahmad berpendapat, parti itu berisiko dilihat biadap sekiranya ia memutuskan untuk menghalang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden daripada dicabar.

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, terdapat perbezaan pendapat mengenai isu itu di peringkat bahagian parti di Johor yang juga tempat kelahiran UMNO.

“Tetapi jika anda bertanya kepada saya, saya akan katakan biarlah jawatan tertinggi dipertandingkan supaya demokrasi dapat berjalan dengan lancar. Biarkan akar umbi bersuara.

“Walaupun dua jawatan itu tidak dipertandingkan, masih akan berlaku perpecahan (sokongan kepada pemimpin) memandangkan jawatan Naib Presiden masih dipertandingkan.

“Lebih baik biar perwakilan memutuskan sama ada mereka mahu melihat pertandingan untuk dua jawatan tertinggi dalam parti.

“Parti boleh berkumpul semula selepas pemilihan dalaman dimuktamadkan. Kita perlu telus. Biar suara ramai yang membentuk parti,” katanya kepada The Vibes.

Berkongsi sentimen yang sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Ashari Md Sarip berkata, terdapat pro dan kontra jika tidak membenarkan dua jawatan tertinggi dalam UMNO dipertandingkan.

Walaupun pemimpin tertinggi UMNO mungkin melihat langkah itu sebagai keputusan strategik untuk mempercepatkan pemulihan parti, Ashari berkata, rasional yang sama tidak terpakai kepada ahli biasa.

“Jika kita mahu memastikan tiada lagi perpecahan dalam parti, memandangkan kita masih akan menghadapi lima pilihan raya negeri tidak lama lagi, mungkin lebih baik jawatan itu tidak dipertandingkan.

“Bagaimanapun, ahli biasa akan memandang negatif langkah ini kerana mereka lebih suka semua jawatan parti terbuka untuk pertandingan bagi pembentukan barisan kepimpinan baharu, dengan mandat baharu daripada ahli akar umbi.

“Ini berikutan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), walaupun parti itu menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam pilihan raya negeri sebelum ini, termasuk di Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor,” katanya.

Menurut Ashari, terdapat juga spekulasi mengenai usul yang akan dibentangkan semasa perhimpunan agung parti untuk menghalang jawatan ketua bahagian dan timbalannya daripada dipertandingkan.

"Saya tidak dapat mengesahkan perkara ini, tetapi saya harap ini tidak benar kerana ia hanya akan terus mengganggu dan memecahbelahkan parti," katanya.

Pada Selasa, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, mengingatkan parti itu agar tidak membenarkan dua jawatan tertinggi dipertandingkan.

Ini berikutan UMNO kini sedang memperkukuhkan semula parti selepas beberapa siri pembelotan oleh bekas pemimpinnya termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad (mantan Presiden) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (mantan Timbalan Presiden).

Bekas Ahli Parlimen Pulai itu berkata, barisan pemimpin baharu tidak menjamin masa depan yang lebih baik untuk UMNO dan perpecahan besar selepas ini boleh menyebabkan parti itu terkubur.

Walaupun belum ada yang ditetapkan, usul untuk menghalang ahli parti daripada bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden boleh dibentangkan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan berlangsung bermula 11 hingga 14 Januari ini.

Pemimpin UMNO dijangka membincangkan perkara itu semasa mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dijadualkan pada 12 Januari ini. - The Vibes, 5 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 23 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 36 minit yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar