Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bukan PH, Muhyiddin Yang Gagal Kawal Penularan COVID-19 - Kit Siang

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 7:00AM

Lim Kit Siang - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuduhan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU yang mendakwa Pakatan Harapan (PH) gagal mengawal penularan wabak COVID-19 ketika menjadi kerajaan disifatkan sebagai tidak masuk akal. 

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, peningkatan mendadak kes COVID-19 berlaku ketika negara berada di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), dengan pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, jangkitan COVID-19 meningkat mendadak selepas PN yang mula tamak kuasa memaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan pada September 2020.

"Perkara itu tidak masuk akal kerana kerajaan PH telah ditumbangkan oleh konspirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020 dan ketika itu penularan wabak COVID-19 di Malaysia terkawal sehinggalah Hari Kebangsaan 2020. 

"Hasilnya, semasa Hari Kebangsaan pada Ogos 2020, Malaysia mencatatkan 364 kes dan dua kematian akibat COVID-19 tetapi semasa Hari Kebangsaan pada bulan Ogos 2021, Malaysia mencatatkan lebih 630,000 kes dengan lebih daripada 7,400 kematian akibat COVID-19,” katanya menerusi hantaran di blog. 

Tegas Kit Siang, statistik tersebut jelas membuktikan peningkatan sebanyak 17,000 dan 3,700 kali ganda untuk angka jangkitan dan kematian akibat COVID-19.

Kelmarin, Ketua ARMADA BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Akmal berkata, langkah diambil Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini, masih tidak mencukupi bagi menghalang penyebaran virus COVID-19 oleh pelancong luar, termasuk China.

Katanya, kerajaan perlu menangguhkan kemasukan pelancong, khususnya dari negara China buat sementara waktu, bagi mengelakkan peningkatan kes jangkitan COVID-19, seperti yang berlaku pada 2020.

Malah, menurutnya, tindakan segera perlu dilakukan, terutama membabitkan sekatan pergerakan individu yang tiba dari republik berkenaan.,

Dalam pada itu, Kit Siang berkata, ketika sidang Parlimen digantung pada 11 Januari 2021, Malaysia mencatatkan sejumlah 138,224 kes dengan 555 kematian, berpunca daripada akibat yang sama.

“Enam bulan kemudian, ketika bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, jumlah kes terkumpul telah meningkat 10 kali ganda menghampiri 1.5 juta dan bilangan kematian meningkat 24 kali ganda dengan lebih dari 13,000 akibat COVID-19,” katanya. 

Beliau membidas, BERSATU dan PN masih mencuba untuk menulis semula sejarah dan mengatakan kejayaan terbesar Muhyiddin adalah dalam mengawal wabak COVID-19, sesangkan jelas perkara sebaliknya berlaku, iaitu pengurusan wabak COVID-19 adalah kegagalan terbesar Muhyiddin.

"Kenyataan Muhyiddin yang mengatakan 'hanya beberapa orang sahaja yang mati' akibat wabak COVID-19 di bawah pimpinannya semasa berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah yang paling tidak bertanggungjawab.

"Ia hanya boleh disaingi oleh kenyataan tidak bertanggungjawabnya pada tahun 2010 yang mengatakan dia adalah seorang Melayu terlebih dahulu, sebelum kedudukan sebagai rakyat Malaysia,” selarnya.

Mengulas perkara berbeza, Kit Siang berkata, tiada pihak setakat ini dapat membuktikan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP bersikap anti-Melayu, anti-Islam, komunis atau mempromosi Islamofobia selama 14 tahun ia berkuasa sejak 2008.

“Sekiranya saya telah membuat pertuduhan yang serius terhadap orang lain dan saya dicabar untuk mengemukakan bukti, saya akan menggunakan peluang tersebut untuk membuktikan tuduhan saya.

“Tetapi dalam kes ini, hanya ada ‘kesunyian’ sahaja. Mengapakah begini? Bukankah perkara ini menjadi bukti bahawa mereka yang menuduh ini telah membuat tuduhan palsu dan tidak berasas dalam mengatakan DAP sebagai kononnya anti-Melayu, anti-Islam, komunis, atau mempromosikan Islamofobia?” soalnya. - Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Rayu Keputusan Kembalikan Kes Guna Kedudukan Untuk Suapan Ke Mahkamah Sesyen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Spanco: Muhyiddin Akan Dipanggil Bantu Siasatan Jika Ada Keperluan - Azam

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Muhyiddin Dapatkan Pasport Secara Kekal

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Semasa 1 hari yang lalu

Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

oleh Diyana Nawwar

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Semasa 1 hari yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos