web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Jawatan Tertinggi UMNO Tak Perlu Dipertandingkan, Jika Tidak…

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 12:14PM

Ahmad Zahid dilaporkan menyerahkan kepada perwakilan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan dipertandingkan atau tidak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berpendapat dua jawatan tertinggi dalam parti itu tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan yang akan datang.

Menurut beliau, sekiranya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan ia dikhuatiri akan membawa perpecahan dan menggugat perpaduan ketika parti itu dalam proses pemulihan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tegasnya, UMNO ketika ini harus fokus kepada usaha pengukuhan parti dan mengembalikan semula kepercayaan rakyat.

Nur Jazlan Mohamed - Gambar fail
Nur Jazlan Mohamed - Gambar fail

“Kalau kita sorot sejarah penubuhan 70 tahun UMNO, hanya empat kali saja berlaku pertandingan untuk jawatan Presiden; Tunku Abdul Rahman vs Ahmad Fuad Hassan (1951); Tun Hussien Onn vs Sulaiman Palestin (1978); Dr Mahathir vs Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah atau Ku Li (1987) dan Ahmad Zahid vs empat pencabar (2018).

“Kita boleh lihat setiap kali berlaku pertandingan jawatan Presiden pastinya berlaku perpecahan dalam UMNO. Adakah kita sanggup nak lihat sekali lagi UMNO berpecah dan ada puak-puak atau dua pasukan seperti 40 tahun lalu.

“UMNO sudah banyak kali berpecah bermula dengan wujudnya PAS, Semangat 46, PKR dan BERSATU. UMNO tak mampu nak terima perpecahan besar sekali lagi kerana kalau kita pecah lagi maka jangka hayat UMNO tak akan lama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru beliau mengingatkan ahli parti supaya tidak terpedaya dengan sesetengah Ahli Parlimen UMNO yang menang di bawah tiket parti tetapi didakwa khianat dan bersekongkol dengan pihak lawan.

Nur Jazlan berkata UMNO tidak mampu untuk menerima perpecahan besar sekali lagi.
Nur Jazlan berkata UMNO tidak mampu untuk menerima perpecahan besar sekali lagi.

Katanya, beliau mengetahui Ahli Parlimen berkenaan sudah menggerakkan usaha mengangkat diri mahu menjadi Presiden UMNO sejak sebelum PRU-15.

“Sekali lagi saya tegaskan, saya menyokong penuh usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak dipertandingkan demi perpaduan dan ke arah usaha pemulihan sokongan terhadap UMNO.

“Saya nak ingatkan ahli UMNO supaya tak terpedaya dengan sesetengah Ahli Parlimen UMNO yang menang bawah tiket UMNO tapi selepas menang melupakan parti. Macam kacang lupakan kulit.

“Bukan sahaja ada yang melompat malah lebih teruk, khianat kepada parti dengan bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Jazlan turut mempersoalkan siapa calon yang mahu diangkat menjadi Presiden dan Timbalan Presiden jika dua jawatan itu dipertandingkan.

"Kalau nak buat pertandingan pun, kita nak angkat siapa jadi Presiden, Timbalan Presiden baharu. Kita nak harapkan orang pengecut yang paling awal lari lintang pukang selepas UMNO kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dulu.

“Kita nak bergantung kepada orang yang gagal jadi Perdana Menteri kesembilan atau kita nak serahkan nasib parti kepada orang yang sibuk jadi broker yang selama ini nak jual maruah UMNO kepada parti lawan.

"UMNO nak pilih seorang individu yang bergegar-gegar mahu gantikan tempat Presiden ketika berceramah di pentas kempen PRU-15 lepas tapi akhirnya kalah di negeri liberal. Sudahlah dia sendiri ditolak di negeri sendiri, lepas itu diberi peluang pula bertanding di negeri lain kononnya dia cukup popular tapi tumbang juga,” katanya.

Tegasnya lagi, kedudukan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah adalah platform terbaik untuk mendekati dan membina semula keyakinan penduduk luar bandar terhadap keupayaan parti itu membela rakyat.

"Kita kena fikirkan banyak benda sebelum nak ikut emosi. Cakap nak tukar pemimpin memang senang tapi nak pastikan pemimpin yang baharu angkat itu dapat bela nasib parti, belum tentu.

“Sebab itulah saya rasa untuk apa jawatan Presiden dan Timbalan ini tak payahlah nak lawan-lawan. Baik kita fokus kepada macam mana nak kukuhkan kembali UMNO dan mengembalikan semula kepercayaan rakyat selepas parti difitnah teruk selama ini,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan atau tidak, biarlah perwakilan yang menentukannya..

Bercakap dalam program bual bicara bertajuk Rekonsiliasi Politik - Apa Untung Pada Negara, Presiden UMNO itu dilaporkan mengakui beliau seorang yang demokratik.

"Jadi saya seorang yang demokrat. Saya arahkan kepada perwakilan untuk menentukan," katanya. - Getaran, 3 Januari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan