web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teliti Pelaksanaan Pemilihan Senator Melalui Pilihan Raya

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 8:50PM

Kerajaan diminta mempertimbang melaksanakan pemilihan Senator melalui pilihan raya, bagi mengangkat institusi Dewan Negara sebagai dewan tertinggi dalam jangka masa panjang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta meneliti kemungkinan pelaksanaan pemilihan Senator melalui pilihan raya, bagi mengangkat institusi Dewan Negara sebagai dewan tertinggi dalam tempoh jangka masa panjang.

Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, transformasi Dewan Negara mampu memperluaskan lagi kuasa pengundi dalam memilih Senator yang boleh mewakili aspirasi mereka di Dewan Negara, khususnya berkaitan kepentingan negeri serta Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, komitmen tersebut jika dilaksanakan secara berperingkat, mampu menggalakkan keyakinan rakyat terhadap institusi Dewan Negara yang masih dianggap ‘rubber stamp’ oleh sebahagian rakyat.

“REFSA menyarankan pemerkasaan peranan Dewan Negara sebagai satu daripada komponen utama agenda Transformasi Parlimen.

“Kita juga berpendirian pemilihan Senator melalui pilihan raya perlu diteliti bagi mengangkat institusi tersebut sebagai Dewan Tertinggi Negara dalam tempoh jangka masa panjang,” katanya sambil menyambut baik syor terangkum dalam serahan Memorandum Transformasi Parlimen kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Fakhrurrazi berkata, usaha pelaksanaan pemilihan Senator tersebut selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi denyut nadi rakyat Malaysia dalam mencapai kehidupan lebih baik, selain sebagai institusi membincangkan hala tuju negara.

Jelasnya, pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 perlu dilakukan dalam tempoh terdekat sebagai komitmen memastikan Parlimen mempunyai autonomi untuk menentukan perancangan dasar dan pentadbiran secara kendiri.

“Langkah ini juga dapat memperkukuh mekanisme semak dan imbang Parlimen bagi mengawal selia badan eksekutif dengan lebih efektif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, penambahbaikan institusi badan perundangan di peringkat negeri, harus berlaku seiring dengan Transformasi Parlimen di peringkat Parlimen.

Ujarnya, perkara berkenaan dapat dicapai melalui pemerkasaan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia yang dianjurkan setiap tahun dalam merancang serta melaksanakan agenda reformasi parlimen secara bersama.

“REFSA berharap agar pihak Parlimen Malaysia dan Kerajaan Perpaduan mempunyai iltizam tinggi dalam meneruskan sesi libat urus dan program advokasi bersama pemegang taruh.

“Ini bagi menambah baik sistem demokrasi berparlimen negara dan memperluaskan lagi kesedaran rakyat akan kepentingan institusi Parlimen, khususnya kepada golongan belia,” katanya. - Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Utamakan Pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Pedalaman Sabah - Senator

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Politik 5 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini