web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Sudah Ada Unit Kajian Sendiri – Ahmad Maslan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 8:29PM

Unit kajian UMNO dikenali sebagai Jabatan Penyelidikan Strategik dan Kajian Dasar, diketuai oleh Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan parti itu memiliki unit kajiannya sendiri yang ditubuhkan sejak setahun lalu.

Menurut beliau, unit berkenaan dikenali sebagai Jabatan Penyelidikan Strategik dan Kajian Dasar yang diketuai oleh Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid.

Ahmad Maslan- Gambar fail
Ahmad Maslan- Gambar fail

“(Unit kajian UMNO) Sudah ada ditubuhkan sejak setahun lalu (namanya) Jabatan Penyelidikan Strategik dan Kajian Dasar.

“Ia diketuai oleh Datuk Dr (Noor) Azizan, yang selalu buat Facebook Live dengan pimpinan UMNO," katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan mantan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan agar parti itu menubuhkan unit kajian sendiri bagi membolehkannya menjadi 'parti kelas pertama'.

Menerusi klip video pendek yang dimuat naik di laman Twitter semalam, Shahril memetik kejayaan Invoke Solution Sdn Bhd, sebuah syarikat penyelidikan data yang ditubuhkan oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Cadangan spesifik bergerak ke hadapan ini, saya ingat kita (UMNO) kena ada satu komitmen untuk buat department R&D (penyelidikan dan pembangunan) ataupun kajian yang betul-betul 'real', bukan yang tangkap muat.

“Selama ini pun, orang UMNO ramai yang merasakan Invoke itu contohnya, hebat. Dah tiba masanya lah kalau kita rasa Invoke itu hebat, kita pun buat sesuatu macam itu," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai fokus dan matlamat penubuhan jabatan berkenaan, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, sudah tentu ia untuk tujuan baik demi parti.

“Tentulah yang baik-baik,” katanya.  - Getaran, 29 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad