Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tidak Perlu Kosongkan Kerusi, Keahlian GRS Sah - Armizan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 7:24PM

Armizan Ali - Gambar dari Facebook Armizan Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Ali menegaskan beliau tidak mengingkari undang-undang anti lompat parti, dengan menegaskan dirinya sudah menjadi ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bulan lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, adalah tidak wajar bagi beliau dan tiga lagi bekas Ahli Parlimen Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) mengosongkan kerusi mereka berikutan keputusan keluar parti selepas PRU-15.

“Kami bertanding di bawah tiket GRS, (jadi) persoalan sama ada kami lompat parti tidak sepatutnya timbul,” katanya ketika diminta menjawab notis yang difailkan BERSATU Sabah kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai status beliau dan tiga lagi Ahli Parlimen lain.

Selain Armizan, tiga lagi Ahli Parlimen terbabit ialah Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat itu difailkan oleh Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah yang juga Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Ronald Kiandee
Ronald Kiandee

Ronald berkata, langkah itu bertujuan untuk menentukan sama ada kerusi Parlimen dikosongkan mengikut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan memandangkan empat Ahli Parlimen itu bertanding pada PRU-15 sebagai ahli BERSATU menggunakan logo GRS.

Sambil menyangkal dakwaan Ronald, Armizan berkata, Naib Presiden BERSATU itu mungkin kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon GRS.

Ronald sebaliknya mempertahankan kerusi Parlimen Beluran atas tiket Perikatan Nasional (PN) selepas namanya tidak dipilih sebagai calon GRS-Barisan Nasional pada PRU-15.

Empat Ahli Parlimen itu antara beberapa pemimpin BERSATU Sabah yang diketuai Pengerusinya ketika itu, Datuk Seri Hajiji Noor yang keluar parti pada 10 Disember lalu.

Semua pemimpin terbabit menegaskan mereka ahli langsung GRS, justeru tidak terjejas dengan peruntukan anti lompat parti dalam Perlembagaan Persekutuan.

GRS juga bertindak menggugurkan BERSATU sebagai parti gabungan tetapi mengekalkan Hajiji sebagai pengerusinya.

Memandangkan kedua-dua perkara itu berlaku selepas PRU-15 dan sejurus memenangi kerusi ditandingi, timbul pelbagai pendapat sama ada keempat-empat Ahli Parlimen itu melanggar peruntukan anti lompat parti. – The Vibes, 29 Disember 2022

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

2 Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Istana Negara Bawa Parang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 12 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

Semasa 1 hari yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu