web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengerusi MUDA Perak Digantung Keahlian Parti

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 9:39AM

Mutalib Uthman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Perak Mutalib Uthman digantung keahlian selama tiga tahun dan digugurkan daripada jawatannya berkuat kuasa kelmarin.

Setiausaha Agung MUDA Amir Abd Hadi berkata perkara itu diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) parti susulan laporan yang diterima Lembaga Disiplin parti itu membabitkan tindakan Mutalib yang melanggar arahan parti.

"Pada 30 Okt 2022 Mutalib didapati menaikkan poster di akaun media sosial peribadinya dan MUDA Perak untuk mengumumkan niat untuk bertanding di Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menggunakan saluran dan poster rasmi parti, tanpa persetujuan parti. 

Tindakan ini didapati melanggar ketetapan MUDA dan melanggar Fasal 5: Tanggungjawab Ahli dalam perlembagaan MUDA khususnya Fasal 5.1 (d) patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti dan 5.1 (f) memelihara nama baik dan maruah parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Selain itu, Amir berkata JKEP turut menerima surat peletakan jawatan Pengerusi MUDA Pahang Malani Manimaharan dan Pengerusi MUDA Pulau Pinang Jazz Tan atas sebab isu komitmen dan kesihatan.

"Justeru itu terdapat keperluan segera melantik pemangku bagi jawatan berkenaan dan pemangku Pengerusi MUDA Perak adalah Devadas Silvaraju manakala pemangku Pengerusi MUDA Pulau Pinang Tineshvar Boontinathan sementara di Pahang akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendidikan Perlu Disertai Disiplin, Akhlak Dan Adab - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad