Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Larry Patut Muhasabah Diri Sendiri, Bukan Suruh Orang Lain – Roger

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 9:25PM

Roger Tan Seng Huat berkata, segala perancangan dibuat tergendala dan PBM menjadi sebuah parti yang kucar-kacir di mata rakyat akibat tindakan Larry Sng - Gambar Facebook Tan Seng Huat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - 'Nasihat' Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Larry Sng semalam supaya segelintir pemimpin lain dalam parti itu bermuhasabah sepatutnya ditujukan kepada dirinya sendiri.

Mantan Timbalan Pengerusi PBM Selangor, Datuk Roger Tan Seng Huat berkata, segala perancangan dibuat tergendala dan PBM menjadi sebuah parti yang kucar-kacir di mata rakyat akibat tindakan Larry.

Menurutnya, pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) PBM yang berlangsung 1 Oktober lalu, pemimpin parti termasuk Larry telah bersetuju untuk mengangkat Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai presiden.

Malah, beliau menegaskan, perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) secara formal.

"Namun begitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Larry telah memungkiri janji dan menuntut bahawa beliau masih lagi presiden sedangkan semua tugas presiden parti telah dilaksanakan oleh Zuraida.

"Larry langsung tidak terlibat dengan apa jua gerak kerja parti termasuk segala program kebajikan yang banyak dilaksanakan oleh PBM sejak Disember 2021 lagi," katanya hari ini.

Semalam, The Vibes melaporkan, Larry meminta ahli parti itu yang digantung termasuk Zuraida dan sekutunya untuk berhenti daripada politik dan ‘memuhasabah diri’, ketika krisis dalaman PBM dilihat semakin memuncak.

Ahli Parlimen Julau itu berkata, prestasi buruk Zuraida dan penyokongnya semasa pilihan raya umum baru-baru ini, jelas memberi isyarat bahawa mereka tidak lagi relevan atau diterima oleh pengundi.

Kenyataan itu dibuat selepas Zuraida mendakwa Larry tidak mematuhi resolusi badan pentadbiran tertinggi parti berkenaan untuk melantik mantan Ahli Parlimen Ampang terbabit sebagai presiden.

Sekutu rapat Zuraida iaitu Haniza Talha pula menuduh Larry bertindak secara unilateral dalam membuat keputusan bagi menyertai kerajaan perpaduan.

Pada PRU-15 baru-baru ini, Zuraida dan Haniza masing-masing kehilangan deposit ketika bertanding di Parlimen Ampang dan Hulu Selangor.

Larry adalah Ahli Parlimen tunggal daripada PBM dan selepas kemenangannya, beliau menyatakan taat setia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Haniza mendakwa Larry tidak berbincang dengan ahli parti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

Katanya, keputusan itu dibuat atas kepentingan peribadi Larry sendiri dan beliau menggunakan PBM sebagai platform untuk memperoleh pengaruh serta kedudukan di peringkat Persekutuan, sekali gus bertentangan dengan nilai dibawa parti.

Kelmarin, Zuraida dipetik sebagai berkata, tindakan Larry bertentangan dengan kehendak majoriti akar umbi, pemimpin dan ahli majlis tertinggi parti, apabila menyalahgunakan kuasanya untuk kekal dalam politik.

Zuraida menegaskan, walaupun jawatan presidennya disahkan melalui perhimpunan agung tahunan parti awal Oktober lalu, Larry memungkiri janji untuk menyerahkan jawatan itu kepadanya.

Larry pula secara konsisten menegaskan, beliau masih presiden parti yang sah, seperti diputuskan sebelum ini oleh ROS.

Roger memberitahu, perkara yang dilakukan oleh Larry telah menunjukkan sifat buruk beliau sendiri.

“Saya berharap mana-mana pihak yang sedang ‘dipujuk’ oleh beliau untuk bergabung sedar akan perkara tersebut supaya perkara yang sama tidak berlaku kepada organisasi politik mereka.

"Sifat parasit seperti ini tidak wajar wujud dalam mana-mana individu, apatah lagi seseorang yang bergelar Ahli Parlimen. Semoga Larry segera bertaubat, sebelum karma membalas semula segala perbuatan beliau yang telah merosakkan sebuah organisasi yang ditubuhkan dengan niat mulia dan suci ini," katanya. - Getaran, 27 Disember 2022

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Serangan Terkini Israel Ke Atas Rafah

Sukan 9 jam yang lalu

KDA FC Masih Tiada Penaja Utama

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 12 jam yang lalu

Tidak Ada Masalah Dengan Pesawat, Kesihatan Anggota - TLDM

oleh Diyana Nawwar