web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tukar Keahlian Ke Sungai Buloh: KJ Berani, Pamer Gaya ‘Orang Lama’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 8:40PM

Pada PRU-15, Khairy Jamaluddin berdepan kekalahan pertama sejak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengumuman mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bahawa beliau kini memegang keahlian UMNO Bahagian Sungai Buloh, dianggap tindakan berani dan ‘old style’ seperti dilakukan pemimpin terdahulu parti itu yang tidak lari ke kawasan lain walaupun tewas. 

Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, keputusan Khairy untuk kekal di Sungai Buloh, disifatkan sebagai langkah strategik beliau untuk membolehkan UMNO terus bertanding di lebih banyak kerusi bandar.

Malah, katanya, tindakan itu juga dilihat mampu memberi persaingan lebih kuat kepada parti lawan pada pilihan raya seterusnya.

“(Langkah Khairy ke Sungai Buloh) Ia tunjukkan gaya ‘old style’ pemimpin UMNO yang tidak lari ke kawasan lain walaupun tewas, malah meraih kemenangan selepas itu. 

“Ia terbukti apabila Datuk Johari Ghani yang menang semula kerusi Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selepas tewas kepada Datuk Seri Rina Harun pada PRU-14,” katanya ketika dihubungi Getaran. 

Bagaimanapun, Fakhrurrazi berkata, keputusan Khairy yang juga mantan Ketua Pemuda UMNO itu, kurang memberi impak kepada pemilihan parti berkenaan tidak lama lagi. 

Katanya, kemampuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memegang semula jawatan dalam Kabinet, memberi kelebihan kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu meraih sokongan ‘warlord’ parti berkenaan. 

“Kecuali, berlaku perubahan besar di peringkat akar umbi yang benar-benar mahukan pemimpin baharu dalam UMNO,” katanya. 

Semalam, Khairy mengumumkan beliau sudah menjadi ahli UMNO di Bahagian Sungai Buloh, iaitu kawasan ditandinginya pada PRU-15.

Khairy memaklumkan mengenai perkara itu menerusi satu video pendek di akaun TikTok BN Sungai Buloh ketika menghadiri majlis di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Saujana Utama, Sungai Buloh.

Sementara itu, penguna media sosial dilihat mengalu-alukan pengumuman Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau berkenaan dan menyifatkannya sebagai langkah menjadi pemimpin utama negara satu hari nanti. 

Pengguna, Leong Yong Chong meramalkan Khairy akan ‘bangkit’ dari Sungai Buloh sebagai Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Ke-11.

Ada juga kalangan pengguna media sosial memuji pengorbanan dilakukan Khairy pada PRU-15 dengan menyerahkan kerusi Parlimen Rembau, demi kesinambungan parti. 

“Inilah semangat perjuangan sejati. Rembau diserahkan pada yang ‘lebih dewasa’, demi kesinambungan parti. Dia beralih ke satu kawasan baru untuk ‘diterjah’ dan dikuasai satu hari nanti,” kata Aminudin Sirajudin. 

Seorang pengguna, Rabiatul Adawiyah berpandangan, Khairy adalah seorang pejuang dan pemimpin sebenar. 

“Diberi tanggungjawab, dia penuhi. Walau kalah, masih setia berkhidmat di kawasan,” katanya. 

Pak Teh Farid pula berharap kepimpinan dan ahli UMNO Sungai Buloh menerima serta meraikan Khairy yang dianggap seorang pejuang cekal, berwibawa, tulen dan tidak mementingkan diri. 

“Teruskan perjuangan demi masa depan diri, bangsa dan agamamu. Insya-Allah ada sinar kejayaan menanti,” katanya. 

Manakala, Mohd Fishol Azizan berkata, Khairy mampu menonjolkan diri sebagai ‘orang nombor satu’ UMNO dan pemimpin tertinggi kerajaan suatu hari nanti. 

“Yang penting, lawan sahaja mereka yang tidak bertanggungjawab, kurang integriti, penting diri sendiri,” katanya. 

Pada PRU-15, Khairy yang juga mantan Menteri Kesihatan berdepan kekalahan pertama sejak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, selepas tewas dalam di tangan Datuk R Ramanan daripada Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Sungai Buloh. 

Beliau tewas dengan majoriti 2,693 undi apabila memperoleh 48,250 undi, berbanding R Ramanan yang mendapat 50,943 undi.

Mereka bersaing dalam pertandingan tujuh penjuru turut menyaksikan calon Perikatan Nasional, Mohd Ghazali Md Hamin yang meraih undi 29,060, Parti Pejuang Tanah Air, Mohd Akmal Mohd Yusoff (829) dan Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia, Ahmad Jufliz Faiza (279). 

Calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff dan Nurhaslinda Basri, masing-masing mendapat 165 dan 113 undi. - Getaran, 26 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 22 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar